[VIDEO] Pelakon Ruhainies Jatuh Ketika Berlari

Share This:

 

Keiginan pelakon Ruhainies membuat video dalam gerakan perlahan tidak berjaya apabila dia terpijak akar pokok lalu jatuh tersungkur.

 

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, berkata video tersebut dirakam secara tidak sengaja oleh adiknya.

 

“Saya nak buat video berlari dalam gerakan perlahan. Masa saya lari itu tak nampak ada akar pokok dan menyebabkan kaki tersandung lalu jatuh.

 

“Video itu diambil memang secara spontan oleh adik saya. Memang menjadi bahan gelak adik-beradik.

 

“Nasib baik saya sempat tahan guna tangan masa jatuh tu. Hanya bahagian lutut sahaja yang luka,” katanya.

 

Video Ruhainies itu telah dimuat naik di laman Instagramnya yang kini mencecah lebih 50,000 tontonan dan komen netizen.

 

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah dan loghat atau bahasa Utara yang digunakan pelakon Menantu Ting Tong itu.

 

Menurut Ruhainies, video tersebut dirakam ketika dia singgah ke ladang teh, Cameron Highland pada Selasa lalu sebelum bercuti ke Pulau Pinang bersama keluarga pada Rabu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*