Kita Nyahkan Mahathir, Selamatkan Negara Malaysia

Share This:

Tidak berguna jika berdiri di atas padang dan hanya berceramah tentang keburukan orang lain tanpa memberikan perancangan yang terperinci untuk melalui masa depan sebaliknya, hanya akan dilihat sebagai bodoh kerana ada hasad dengki serta sakit hati pada orang lain.

Belum ada pembangkang dalam dunia yang berjaya menang menewaskan kerajaan hanya dengan memburukkan kerajaan sedia ada secara berterusan hari demi hari.

Pakatan Harapan (PH) kini semakin tenat apabila masih buat kerja lama iaitu fitnah dan burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang ini, mereka sibuk hendak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa sama mereka semakin ditolak oleh rakyat.

Kemasukan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH lagi bawa malang kepada pakatan itu kerana cara pemikirannya yang kuno, kolot dan teruk.

Mahathir suka guna perkataan yang hebat dan sukar difahami oleh rakyat biasa dan ia hanya digunakan pada zaman ketika Mahathir masih muda dan tidak sesuai diguanakan pada masa ini. Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, jadi satu contoh betapa ikut pemikiran Mahathir, pembangkang jadi makin tak tentu arah.

Perkataa Kleptokrasi itu sendiri begitu sukar difahami sampai buatkan ramai tidak mahu datang ke perhimpunan itu.

Gaya Mahathir yang berfikir dan bercakap dengan gaya bahasanya ketika berucap di pentas pembangkang juga semakin membosankan.

Inilah rupanya kalau sudah bersara dan letak jawatan sebagai Perdana Menteri tapi nafsu masih mahu berkuasa memerintah orang lain.

Pembangkang sudah membosankan dan Mahathir semakin membosankan kerana jika dikira sejak jadi Perdana Menteri sampai letak jawatan sampai sekarang, sudah 36 tahun Mahathir jadi orang politik di Malaysia.

Pakatan tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara dan apatah lagi Mahathir yang selama jadi Perdana Menteri banyak bawa lari duit dari dalam negara kepada kroni dan minta proksi untuk jaga duit berkenaan di luar negara.

Pembangkang sepatutnya ditolak dan Mahathir sudah patut bertaubat untuk berhenti dari berpolitik beri perhatian pada aspek kehidupan yang lebih penting.

Sudah-sudahlah Mahathir, berhenti, balik rumah dan jaga cucu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*