Ekonomi Digital Buka Ruang Tambah Pendapatan Negara

Share This:

Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan dilihat sebagai satu langkah yang lebih bijaksana, mengambilkira pendapat dan cadangan umum serta timbang tara impak kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia secara amnya.

Sealiran dengan era teknologi maklumat, kesemua idea dan pendapat umum dapat disalurkan melalui laman sesawang yang telah ditubuhkan oleh kerajaan di https://bajet2018.najibrazak.com.

Berdasarkan maklumat yang disalurkan seperti galeri idea yang telah disumbangkan oleh umum, video temuramah yang telah dijalankan, tinjauan terhadap topik yang telah ditetapkan, projek pembangunan dan bajet tahun sebelumnya.

Tinjauan secara menyeluruh mendapati topik yang mendapat maklumbalas tertingggi antaranya berkenaan dengan kos sara hidup, pendidikan, perumahan & kehidupan bandar, pekerjaan dan seterusnya pencukaian, perniagaan & kewangan.

Jika luahan dan pandangan umum di ambil kira, rata-rata melihat perkembangan positif pada Bajet 2018 ke atas permintaan kenaikan gaji dari sektor awam serta insentif cukai baru terutama kepada syarikat yang beroperasi di Malaysia, terutama perkhidmatan digital.

Isu pencukaian ke atas perniagaan khidmat ke atas platform atas talian ini telahpun dibincangkan di Persidangan GST 2017. Tumpuan inisiatif cukai baru ke atas perniagaan antaranya tertumpu kepada cukai yang akan dikenakan kepada syarikat asing yang menyediakan platform atas talian. Ini kerana, buat masa ini, sebarang bayaran yang diterima atas perkhidmataan platform atas talian yang disediakan tidak dikenakan sebarang cukai.

Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat besar dan popular seperti Lazada dan Alibaba.com yang menjalankan perniagaan perisian dan perniagaan atas talian secara tidak langsung akan dikenakan cukai yang bersesuaian tidak lama lagi.

Oleh itu, penambahbaikan ke atas kutipan cukai ke atas perniagaan atas talian ini mampu menyumbangkan pendapatan Negara sehingga berbilion ringgit daripada ekonomi digital ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*