Benjy Dikenakan Hukuman Penjara 11 Tahun

Share This:

Khaeryll atau dikenali Benjy dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan pada Rabu.

 

Terdahulu, Benjy ditahan pada 27 Mac lalu dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, Johor dan dihadapkan ke mahkamah pada 8 April tahun 2015.

 

Benjy dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methamphetamine.

 

Anak kepada aktres Azean Irdawaty itu juga turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.

 

Benjy ditangkap pegawai Kastan dan Eksais sejuru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

 

Ketika siasatan dilakukan terhadapnya, pihak berkuasa menemui dadah pada badan Benjy yang disorokkan dalam duburnya.

 

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Benjy berhadapan hukuman penjara 14 tahun yang dipohon pihak pendakwa.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*