Ayah Ummi Nazeera Terima Hukuman 10 Tahun Penjara Akibat Guna Dokumen Palsu

Share This:

 

Berhubung kes berkaitan penggunaan dokumen palsu,rayuan menangguhkan hukuman Datuk Zainulabidin Mat Akhir,66 iaitu ayah kepada pelakon Ummi Nazeera telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2017.

 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah telah membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun ke atas beliau yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen pada 25 November 2015.

 

Bapa kepada pelakon popular tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat perletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, yang juga merupakan ibu kepada Ummi.

 

Mohamad Shariff berkata, tidak terdapat sebarang kekhilafan oleh hakim Mahkamah Seksyen ketika keputusan berkenaan dibuat. Justeru, Mahkamah Tinggi enggan mengganggu keputusan yang sudah diputuskan oleh hakim dari Mahkamah Seksyen dua tahun yang lepas.

 

“Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini (16 Oktober 2017), manakala rayuan untuk penangguhan ditolak,” katanya.

 

Menurut laporan Berita Harian, Zainulabidin disabitkan bersalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen untuk memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada Datuk Seri Maziah Musa, 53 (ibu kepada Ummi) selaku pemberi pindah milik kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

 

Beliau juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik Ahmad Fikhri dan seorang lagi anak, Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat BTIS Manufacturer Sdn Bhd dimana kesemua kesalahan itu dilakukan antara Disember 2006 dan Mei 2009.

 

Beliau sepatutnya telah diperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan yang disabit bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*