Kit Siang Dan Mahathir “ Selamatkan Malaysia” Atau “Selamatkan Anak”

Share This:

Kritikan demi kritikan dilakukan terhadap kerajaan yang memerintah sekatang. Sebenarnya kritikan tersebut adalah bertujuan untuk menafikan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan kepada Negara dan  menafikan kerajaan sentiasa peka dengan permasalahan rakyat.

Penafian juga dilakukan diatas perbuatan pemimpin kleptokrasi  yang telah banyak merompak dana rakyat untuk kepentingan mereka. Diwaktu ini mereka akan memdabik dada bahawa mereka adalah diantara  yang hebat untuk rakyat.

Sebagaimana Mahathir dan Kit Siang masing-masing mengatakan bahawa mereka sentiasa akur dengan Perlembagaan Negara  dan begitu juga dengan Rukun  Negara dan amat sayang kepada Negara ini dan perlu diselamatkan.

Agak menghairankan juga apakah semasa pemerintahan Mahathir dia lupa untuk menyelamatkan Negara ini dari  kejatuhan eknomi serta kejatuhan matawang sehingga  terpaksa diapungkan. Mungkin juga dia lupa pada masa itu sistem pengangkutan awam diantara yang teruk sekali.

Mahathir hanya ingat  membangunkan sistem pengangkutan untuk rakyat yang sukar ke lapangan terbang sahaja, dan  membangunkan sistem tol yang mengkayakan kroninya. Selebihnya untuk rakyat memastikan kroninya kaya.

Sekarang Mahathir terus memberikan kenyataanya yang amat jelas bahawa kepercayaannya terhadap Ketuanan Melayu sudah tidak ada lagi selepas bercium mulut bersama Kit Siang. Tiada lagi agenda untuk Melayu sebagaimana lajunya airmata  sesalan kerana “Melayu Mudah Lupa” satu ketika dahulu.

Sekarang sejak “berasmara” bersama Kit Siang, Mahathir telah melupakan segalanya, Mahathir sedang mengkhianti orang Melayu Islam dan menjadikan DAP sebagai rakan untuk menjatuhkan UMNO serta kepimpinan Melayu Islam hanya kerana DAP yang diketuai Kit Siang.

Soalnya sekarang , apakah DAP atau Kit Siang secara terbuka sudah menggugurkan perjuangan Malaysian Malaysia? Bukankah matlamat dasar itu ialah menjadikan Malaysia sebagai negara republik yang menolak sistem Raja Berpelembagaan.

Apa akan jadi kepada Hak Istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana DAP memperjuangkan kesamarataan bukannya kesaksamaan seperti yang dipersetujui dalam sosial kontrak. Pernah Mahathir fikirkan hal tersebut?.

Sudah pastinya tidak ada kerana jika tidak sudah pastinya  Mahathir akan mendesak DAP supaya secara terbuka mengugurkan perjuangan Malaysian Malaysia dan menumpukan kepada pematuhan Perlembagaan dan Rukun Negara serta menghormati Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.

Kini Mahathir dalam  perjuangan politiknya menjadi sama dengan Lim Kit Siang kerana mereka sepakat mahu menjatuhkan Najib. Itu alasan yang tidak relevan. Kit Siang  memperjuangkan Malaysian Malaysia sedangkan Mahathir  mempunyai agenda peribadi kerana mahu anaknya Mukriz menjadil Perdana Menteri.

Kejahatan yang paling besar sekali berlaku didalam Pakatan Harapan  dengan menyokong amalan songsang LGBT dimana binatang yang tidak mempunyai akal sekali pun tidak melakukannya. Perbuatan menyokong “Ibu Kejahatan” ini  adalah bertujuan untuk kemesongkan aqidah umat Islam dan meninggalkan agama Islam dan menjadi murtad.

Politik jahat dan kotor yang menjadi amalan pembangkang ini sudah membuka mata rakyat dimana mereka hanya melihat DAP dan kuncu-kuncunya hanya mampu bercakap tanpa berbuat apa-apa pun untuk kesejahteraan rakyat.

Pembohongan dan penipuan dilakukan oleh  pemimpin kleptokrasi Pakatan Harapan tanpa hentinya. Fitnah dilakukan oleh “Raja Fitnah” Rafizi Ramli, “Bapa Kleptokrasi”  Mahathir, “Bapa  Putar Belit” Guan Eng, “Bapa Kenaikan Cukai” Azmin Ali, dan segala bapa dan ibu kejahatan itu semuanya berada didalam Pakatan Harapan.

Untuk melindungi tindakan tersebut,   Mahathir tanpa rasa malu dan segan terus mengatakan bahawa  DAP  yang diketuai oleh Kit Siang adalah sebuah parti yang amat menghormati Bahasa Melayu. Justeru ia bukan parti rasis dan anti kleptokrasi.

Mungkin Mahathir sudah lupa perkataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini terhadap DAP. Jika dia lupa mungkin kita akan sedia maklum dan ianya berkaitan dengan usianya sekarang. Tetapi jangan lah sampai ketahap  dilabelkan sebagai Balaci DAP dan sanggup menjilat apa yang  berlaku sebelum ini.

Apakah itu kayu ukur yang tepat.  Bagaimana dengan Singapura? Lagu Kebangsaan mereka dalam Bahasa Melayu. Tetapi Mahathir  pernah menuduh Melayu Singapura dipinggirkan dengan dasar PEP yang menyamai DAP di Malaysia.

Tunku Aziz Tunku Ibrahim dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan. Tetapi dalam tempoh yang singkat dia meninggalkan parti tersebut. Kenapa? Memang benar dalam DAP ada wakil rakyat Melayu seperti ahli Parlimen Raub. Tetapi mereka hanyalah puppet yang tidak berani bersuara dan tidak ada kuasa.

Semua itu hanya untuk “lesen”  sahaja kepada Mahathir untuk menunjukkan bahawa  DAP dan PPBM mempunyai persamaan perjuangan dalam usaha untuk “Selamatkan Malaysia” kata mereka. Sebenarnya adalah untuk “selamatkan anak anak”  dari terus terpinggir  dalam arus politik dan mengecapi kekayaan Negara.

Menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional  hanyalah keuntungan jangka pendek. Jika menang kelak agenda masing masing akan timbul. Ketika itulah mereka akan bergaduh sesama sendiri.Dimasa ini kita kan melihat bagaiman kedua pemimpin ini akan memecahkan kelompok sokongan agar memihak kepada masing-masing.

Kezaliman mereka  telah ditunjukkan secara terbuka dimata rakyat sekarang. Penghinaan  demi penghinaan melalui perbuatan silam mereka telah dibongkarkan satu persatu. Kini mereka sedang mencari jalan untuk rakyat beralih kepada isu fitnah yang mereka ciptakan untuk memburukkan kerajaan.

Justeru itu rakyat Malaysia terutama golongan muda agar jangan hanya melihat isu, tetapi bukakan lah mata seluasnya dan gunakan akal yang waras diberikan Allah untuk melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyatnya dan bukan melihat apakah yang diperkatakan  tanpa ada asas untuk memastikan keperluan rakyat dilaksanakan.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*