Wanita Lapor Polis,DiKecam Insiden Di Stadium Perak Gara-gara Video Pegang Mercun Bola

Share This:

Baru-baru ini seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pada Ahad.

 

Video berdurasi selama 13 saat itu memaparkan salah seorang wanita berkenaan memegang mercun bola dengan keterangan yang bertulis ‘ready gais, kami ada hadiah ini untuk negara J’.

 

Tindakan itu menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen mengecam tindakan mereka dengan mengaitkan dengan insiden di Stadium Perak, di sini dan telah dikongsi sebanyak 209 perkongsian dan lebih 8,000 dilihat.

 

Bagaimanapun, wanita berusia 20an itu telah membuat satu laporan di Balai Polis Seri Iskandar menafikan kaitan dengan insiden itu selain bimbang akan keselamatannya setelah menerima kecaman daripada pemilik facebook yang tidak dikenalinya.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan keterangan telah diambil daripada wanita terbabit.

 

“Wanita berkenaan menafikan mereka ke Stadium Perak ketika kejadian. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan dirujuk ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Ipoh ,” katanya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*