Shaw Tidak Sabar Jumpa Benfica

Share This:

BERITA baik bagi penyokong Manchester United apabila salah seorang pemain bintangnya memberi bayangan akan kembali memperkuat pasukan ketika berdepan Benfica pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Luke Shaw hanya melakukan satu penampilan bersama Red Devils musim ini iaitu ketika menundukkan Burton Albion 4-1 pada aksi Piala Carabao bulan lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu bergelut dengan kecederaan otot ligamen tetapi kini sudah menunjukkan reaksi positif.

“Bersedia untuk Lisbon,” tulisnya dalam kapsyen sekeping gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya.

Malah Jose Mourinho turut mengakui Shaw sudah kembali cergas.

“Dia sudah pulih daripada kecederaannya,” kata Mourinho.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*