Kemboja Haramkan Tayangan Kingsman, ‘Terasa’ Ke?

Share This:

Siapa dah tonton filem Kingsman: The Golden Circle? Amacam, best tak? Mungkin bagi peminat filem aksi berkisarkan kisah ejen perisikan, filem ini memuaskan dan memenuhi cita rasa anda.

Malangnya, Kemboja mengharamkan tayangan filem sekuel aksi komedi itu berikutan satu babak yang menggambarkan sebuah candi tersohor negara berkenaan sebagai sarang penjenayah.


Filem blockbuster Hollywood itu mengisahkan sebuah organisasi perisikan British yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam mengesan penyeludup dadah terkenal yang bersembunyi di sebuah kuil di Kemboja.


Memetik The Guardian, Pengarah Kementerian Kebudayaan, Jabatan Perfileman Kemboja, Bok Borak menyifatkan filem terbabit ‘tak boleh diterima’ dan mengharamkan tayangannya kerana menggunakan nama Kemboja sebagai tempat persembunyian penjenayah.

“Perkara itu membimbangkan kami kerana ia menggunakan salah satu daripada kuil kami dan menggambarkannya sebagai lokasi penghasilan dadah serta membunuh manusia dengan kejam. 

“Jadi kami memutuskan untuk melarang filem ini daripada ditayangkan di negara kami,”katanya.


Tambahnya, walaupun sesi penggambaran tidak dijalankan di Kemboja, candi yang menjadi tempat persembunyian raja dadah itu digambarkan mirip Ta Prohm, sebuah tapak di kawasan Angkor Wat.



Foto: IMDb

“Candi kami merupakan sebuah tapak warisan dunia yang perlu dilindungi, bukan dijadikan tempat untuk hal sedemikian,” tegas Bok Borak yang akan menghantar surat kepada pihak produksi bagi menyatakan kekesalan daripada pihaknya.


Ini bukan kali pertama Kemboja mengharamkan mana-mana bentuk hiburan yang dianggap membahayakan nilai tradisi negara itu. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*