Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Periksa Mental

Share This:

Pada Ahad lalu, menerusi program Melodi, wartawan telah menemubual Hafiz Hamidun bagi mendapatkan komen mengenai kontroversi rumah tangganya. Mungkin sudah tidak tahan menahan kesabaran lagi, Hafiz tegas mengatakan Joy Revfa mempunyai masalah mental dengan memburukkan maruahnya begitu teruk sekali dengan terbuka di sidang media.

“Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati.

Dalam tonasi suara yang berang, Hafiz mendakwa kenyataan Joy untuk berdamai adalah fitnah sama sekali. Malah katanya tindakan Joy tidak masuk akal mahu menyaman blog yang memainkan isu hubungan kelamin mereka kerana beliau sendiri yang membuka mulut memberitahu kepada orang ramai mengenainya sehingga menimbulkan tafsiran.

Memang lain karakter Hafiz kali ini, mungkin sudah tidak tahan berdiam diri dan membiarkan pihak di sebelah sana terus membuat sidang media dengan memberi bermacam kenyataan. Apapun semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul lagi isu dan pergaduhan lain.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*