Deepavali : Kunjungan Pemimpin Muda MIC, Rakyat Memerlukan Dibantu

Share This:

Menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut esok oleh masyarakat India, masih terdapat ramai orang dan keluarga yang perlu didekati untuk dibantu meringankan beban mereka supaya Deepavali dapat disambut dengan lebih bermakna dan gembira.

Itulah semangat Ketua Putera MIC Bahagian Rasah, Dineshwaran T Rajagopalu yang turun padang dan membuat lawatan tidak dirancang kepada 15 keluarga yang berpendapatan rendah di Taman PD Utama dalam program Cahaya Deepavali, semalam.

Dalam kunjungan yang amat bermakna itu, Dineshwaran turut menyerahkan bantuan makanan harian dan persalinan India, sari serta meluangkan masa berbual dan beramah mesra dengan mereka.

“Saya juga ambil tahu masalah mereka, dan turut memberitahu akan inisiatif serta usaha oleh kerajaan negeri BN di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan untuk membantu rakyat dan juga inisiatif dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

“Kemudian saya memberikan komitmen akan membantu keluarga berkenaan dalam isu kebajikan, isu Perkeso dan pekerjaan,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan sempena Deepavali semalam ialah pemimpin tempatan MIC Port Dickson, Ketua Wanita MIC Cawangan St Leonard, Port Dickson Puan Mariyaii, Ketua MIC PD Utama Encik Gopal, Ketua Putera MIC Bahagian Teluk Kemang Encik Sargunan, dan Timbalan Ketua MIC Bahagian Rembau, M Ravindran.

Dalam kunjungan itu, rombongan yang diketuai Dineshwaran yang juga Penasihat MIC Teluk Kemang itu turut menyerahkan sumbangan barangan dan baju baru kepada sebuah keluarga India Muslim sebahagian daripada program sempena Deepavali dan Ziarah Kasih.

Kemudian, mereka mengunjungi sebuah rumah dimana ia dididami oleh sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak, Alex Nicholas A/L Felix yang terpaksa menjalani rawatan dialisis dan sekarang tidak mampu bekerja.

“Kami akan membantu dengan merujuk perkara ini kepada Perkeso, dan pegawai Perkeso ada memberitahu saya bahawa dia akan diberikan bantuan ilat dan bantuan menjalani dialisis sebaik dokumen yang diperlukan diserahkan.

“Terima kasih kepada Skuad Prihatin Perkeso yang memberi perhatian kepada masalah ini dan untuk mencari penyelesaian dengan segara.

“Kebanyakan pihak lain hanya memberikan bantuan Deepavali dan kemudian pergi tapi kami cuba melihat apa masalah yang dialami mereka dan kami akan cuba bantu sedaya upaya kami,” ujar Dineshwaran.

Beliau bersama dengan kepimpinan muda MIC di kawasan Port Dickson bergerak aktif turun padang dan pergi menemui keluarga miskin serta mereka yang memerlukan dan mendengar keluhan serta kemudian membantu mereka.

Di Facebook, ada juga penyokong pembangkang yang mengkritik program Dineshwaran dengan mendakwa ia hanya dilakukan apabila dekat dengan musim Pilihan Raya Umum (PRU), tetapi Dineshwaran tidak mengendahkannya sebaliknya terus dengan program yang dirancang demi kebajikan rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*