Belum Terfikir Untuk Tinggalkan City

Share This:

BEKAS bintang Liverpool, Raheem Sterling akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Arsenal pada musim panas akan datang.

Dengan Pep Guardiola begitu terdesak mahu mendapatkan khidmat Alexs Sanchez ke Etihad pada Januari depan, The Gunners juga inginkan Sterling dalam apa jua cara sekali pun termasuk pertukaran dengan bintang Chile itu.

Namun pemain sayap England berusia 22 tahun itu berkata tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan City.Malah dia juga berasa selesa di bawah Guardiola.

Ketika ditanya mengenai khabar angin itu, Sterling berkata:”Saya tidak perlu bercakap dengannya (Guardiola) kerana saya sudah berbuat demikian pada musim panas lalu, bercakap mengenai pra musim.”

“Saya tiada tanggapan negatif atau apa-apa yang buruk mengenainya. Saya tidak akan mempercayainya sehingga saya dengar sendiri daripada pengurus.

“Saya tidak bimbang mengenainya kerana Guardiola adalah pengurus yang jujur dan dia akan bercakap dengan saya sebelum itu,” katanya.

Ditanya sama ada dia melihat masa depannya untuk tempoh jangka masa panjang bersama City, Sterling berkata:”Ya, saya menandatangani kontrak lima tahun di sini.”

“Saya ada lagi dua setengah tahun lagi. Saya lihat diri saya beraksi di sini, bermain bola sepak di sini di bawah pengurus dan pasukan hebat,” kata Sterling.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*