Pemenang Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2017

Share This:

 

Penunggang dari Rhu 10 Setiu Terengganu Mohd Bukhari Rozali dari pasukan RTES muncul juara kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2017 kategori CEI2 120km dengan catatan masa 21 jam 33 minit dalam pertandingan yang diadakan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, Setiu semalam.

 

Dengan kemenangan itu beliau membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi dan lebih manis pasukannya turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas mengatasi pasukan RTES B.

 

Sementara tempat kedua diraih Beom Sheo juga dari pasukan RTES yang memperoleh hadiah RM15,000 dan Asri Abd Aziz di tangga ketiga yang mendapat RM10,000.

 

Pasukan RTES B yang diketuai oleh Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani dan tiga lagi pemain dipilih pasukan kedua terbaik kejohanan.

 

Kuda yang ditunggang Bukhari yang diberi nama RTES ANNAVERSARY telah dipilih sebagai Kuda Terbaik kejohanan dan memenangi hadiah wang tunai RM20,000.

 

Hadiah disampaikan oleh Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.

 

Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat dan berakhir hari ini merupakan acara tahunan dalam calendar sukan Negeri Terengganu.- Terengganu Times

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*