Mahathir Menghina Keturunan Bugis?

Share This:

Di dalam rumpun Melayu Nusantara, terdapat pelbagai etnik di mana majoritinya mendiami Indonesia. Di Malaysia, selain daripada penduduk Asli yang tinggal di beberapa kawasan di Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, negara ini juga turut didiami oleh etnik Bugis, Banjar, Boyan, Jawa dan pelbagai etnik yang lain. Itu belum lagi campur dengan etnik-etnik yang ada di Sabah dan Sarawak.

Sejak dahulu lagi, kita memang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tidak kiralah apa jua bangsa dan etnik, kita bersatu padu membina sebuah negara yang dinamakan Malaysia sehinggalah kebangkitan pembangkang yang lebih ultra rasis berbanding amalan yang kita warisi sejak sekian lama.

Terbaru, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dalam ucapan penutupnya di perhimpunan Sayangi Malaysia Anti Kleptokrasi Sabtu lalu berkata, dia mengusir Datuk Seri Mohd Najib yang berkuturuan Bugis keluar dari Malaysia dan balik semula ke Indonesia, lokasi di mana asal usul keturunan Bugis sebelum bertapak di Tanah Melayu ini.

Ingin disoalkan kepada Mahathir, siapa dia mahu mengusir Datuk Seri Mohd Najib yang kebetulan mempunyai darah Bugis ini? Adakah dia sendiri terlupa bahawa jika tidak kerana penghijrahan bapanya ke Tanah Melayu dari Kerala India, dia juga berkemungkinan besar adalah anak jati dari Kerala India.

Paling utama, adakah Mahathir sedar, apabila dia menyebut istilah etnik Bugis ini, secara tidak langsung dia juga telah menghina kesemua waris keturunan yang mempunyai darah Bugis di negara ini? Sedarkah Mahathir bahawa Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail juga mempunyai darah Bugis?

Apa yang Mahathir fikir sebenarnya sehingga tergamak menyebut asal usul keturunan musuh politiknya? Tidakkah Mahathir sedar bahawa Datuk Seri Mohd Najib adalah Orang Kaya Pahang yang disandangnya sejak beliau berumur 25 tahun dan diwarisi daripada ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak? Siapa Mahathir untuk bertindak sebiadab ini?

Nampaknya, Mahathir semakin hari semakin lupa daratan sehingga tergamak menghina musuh politiknya termasuk orang yang dipanggilnya sebagai guru dan mentor, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Nyata sekali, Mahathir sedang cuba menghasut kebencian dan dengan sewenang-wenangnya mempermainkan suku keturunan orang demi kepuasan politiknya.

Mahathir patut sedar di mana dia berada sekarang. Jika tidak kerana sokongan pelbagai pecahan etnik Melayu Nusantara yang mendiami bumi Malaysia dan menjadi ahli UMNO, mustahil seorang berdarah Kerala India mampu menjadi Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*