“Kami Sangka Kami Akan Mati”-Penumpang Perth Ke Bali Terselamat

Share This:

 

 

Pendaratan cemas terpaksa dibuat oleh pesawat AirAsia dari bandar Australia Barat, Perth ke Bali pada petang semalam selepas mengalami masalah tekanan dalam kabin sebaik berlepas kira-kira 25 minit, lapor media.

 

Dalam kejadian tersebut,kira-kira 151 orang di dalam pesawat selamat tanpa sebarang kecederaan selepas pesawat kembali ke Lapangan Terbang Perth.

 

Beberapa penumpang di dalam pesawat QZ535 itu memberitahu media tempatan bahawa “kami sangka kami akan mati” apabila kapal terbang itu turun dari ketinggian 32,000 kaki kepada 10,000 kaki.

 

“Corong udara terkeluar dan semua orang mula cemas,” kata Leah dari Perth. “Kami seperti ucap selamat tinggal antara satu sama lain. Ia memang benar-benar mengecewakan.”

 

Menurut sumber,AirAsia berkata, kejadian berpunca daripada “isu teknikal”. “Keselamatan tetamu kami adalah keutamaan kami.”

 

“Sehubungan itu,AirAsia Indonesia memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.”

 

Pada tahun yang sama,terdapat kes yang sama melibatkan pendaratan cemas dan berlaku pada Jun baru-baru ini, akibat masalah teknikal .

 

Pesawat AirAsia ketika itu, terpaksa kembali ke Lapangan Terbang Brisbane,Australia kerana sebuah pesawat AirAsia terpaksa mendarat cemas di Perth berikutan masalah enjin selepas 90 minit berada di udara ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Malaysia.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*