Cukai Jana Pembangunan Dan Kemudahan Awam

Share This:

Rakyat Malaysia amnya dapat menikmati kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dengan lebih selesa. Kemudahan awam yang dilaksanakan bukan sahaja tertumpu di bandar-bandar sahaja malah turut sama dinikmati oleh warga desa.

Menerusi perkembangan terkini kemudahan pengangkutan awam di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi, akses kemudahan awam seperti bas, jajaran LRT dan MRT sedang giat dijalankan. Sudah semestinya jika kita melihat peruntukan perbelanjaan untuk prasarana awam seperti ini adalah amat tinggi.

Begitu juga kemudahan untuk masyarakat luar bandar, melalui inisiatif kerajaan seperti menaikkan taraf jalan raya di kampung, menurap tar dan mambaiki jalan serta menghubungkan akses jalan di kawasan utama dilihat sebagai satu formula penyaluran dana perbelanjaan oleh kerajaan Malaysia yang sistematik, telus dan saksama.

Jika dilihat kepada skop khidmat prasarana jalan kampung yang dinaiktarafkan ini, melalui inisiatif kerajaan di bawah Transformasi Luar Bandar sebagai contoh, projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) pun sudah menelan belanja sebanyak RM19.4 juta.

Oleh itu, percukaian di Malaysia merupakan satu medium untuk menambah aliran tunai masuk bagi perbelanjaan khususnya dan pembangunan amnya bagi negara kita seperti yang telah dinyatakan.

Sokongan berterusan dalam merealisasikan pembangunan negara dilihat lebih adil dan berkesan melalui agensi-agensi kerajaan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dilihat telah banyak memberi kemudahan kepada masyarakat umum dalam melaksanakan Sistem Taksiran Sendiri Diri (SAS). Sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab, setiap individu hanya perlu mengisytiharkan pendapatan yang diterima secara jujur dan mengira cukai yang perlu dibayar sendiri.

Keberkesanan sistem SAS ini terbukti melalui cukai yang telah dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dengan kutipan cukai lebih RM56 bilion sehingga awal Julai tahun ini, mengatasi kutipan sebanyak RM55 bilion yang dicatatkannya dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Jika dilihat kepada kemudahan awam yang telah kita nikmati, apakah sumbangan kita sebagai pembayar cukai dalam menyumbangkan kepada pendapatan seterusnya pembangunan negara Malaysia kita?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*