Amyra Rosli Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertamanya

Share This:

Selebriti Amyra Rosli yang juga isteri kepada Amar Baharin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada harini.

 

Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi memberitahu Amyra bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala
Lumpur.

 

“Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

 

“Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

 

“Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya.

 

Noor Zaridah atau lebih mesra dengan sapaan Kak Noor berkata, suami Amyra iaitu pelakon Amar Baharin paling gembira dengan kehadiran bayi mereka dan kini sedang sibuk menguruskan keperluan isteri dan anak mereka.

 

Ditanya mengenai nama cucunya, Kak Noor berkata, dia membiarkan Amar dan Amyra yang membuat pengumuman mengenai perkara itu nanti.

Sementara itu, Amyra menerusi Instagram turut memuat naik gambar anaknya selain berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan dirinya dan kelurga.

 

“Alhamdulillah… “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.

 

“Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami,” tulisnya.

 

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

 

Amyra Rosli dan Amar Baharin yang juga seorang pelakon sangat gembira dengan kelahiran anak pertama mereka dan mengucapkan rasa syukur.Semoga pasangan ini bahagia dan dikurniakan anak yang baik.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*