#Kleptokrasi : Jamal Belum Hadir Jual Ikan

Share This:

PEMIMPIN Kumpulan Baju Merah Datuk Jamal bin Md. Yunos masih belum menunjukkan kelibat mereka di perhimpunan haram Kleptokrasi walaupun jam telah menunjukkan pukul 3.30 petang.

Semalam beliau dikatakan mencabar Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain supaya hadir dan menghalangnya daripada menjual ikan di Padang Timur.

Malah, Jamal turut memberitahu akan “memandikan” Mohd Azizi dengan air ikan sekiranya beliau hadir ke padang berkenaan.

Pakatan Harapan hari ini menganjurkan himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di di Padang Timur, Petaling Jaya.

Himpunan berkenaan bertujuan kononnya memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB walaupun isu 1MDB hanyalah rekaan dan fitnah dari para pemimpin pembangkang semata-mata.

Himpunan dijadual bermula dari 4 petang hingga 12 malam.

  • pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*