TMJ Pernah Jumpa Dengan Brader Topi Merah

Share This:

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

Itu yang diperkatakan oleh Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim apabila bersembang tentang kekalahan Malaysia di tangan Hong Kong tempoh hari. Ketika perlawanan itu berlangsung, Ultras Malaya menggemakan Stadium Hong Kong dengan chant ‘FAM Bangsat’

Berdasarkan video insiden tersebut, individu yang mengetuai ‘chant’ tersebut boleh dilihat memakai topi berwarna merah. Dan TMJ mahu berjumpa dengan individu tersebut untuk membincangkan ‘isu bolasepak tanah air’.

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain. Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!” ujar baginda dalam sesi perbincangan yang berlangsung di JDT Kafe, malam semalam.

Namun, TMJ pernah jumpa dengan lelaki ini sebelum beliau memegang jawatan sebagai Presiden FAM .

Sumber: infokini

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*