Andai Lebih RM 70 Bilion Tidak Hilang….

Share This:

Himpunan Selamatkan Malaysia Anti Kleptokrasi akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, esok. Himpunan ini boleh dianggap berinspirasikan tentang tuduhan fitnah terhadap kerajaan dalam beberapa isu yang mereka mainkan sejak 2012 dan ianya diadakan disaat negara sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14 tidak lama lagi.

Sepanjang penggal ini, kesemua pemimpin Pakatan Harapan begitu hebat menyerang kerajaan dengan pelbagai tuduhan termasuk menuduh Datuk Seri Mohd Najib mengambil wang negara untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun tuduhan itu tidak langsung dapat dibuktikan dengan sabarang fakta ataupun bukti, namun ianya kekal menjadi peluru politik mereka. Dari sinilah munculnya istilah kleptokrasi.

Melihat kepada semua tuduhan mereka, bukankah ada pemimpin dari Pakatan Harapan mahupun sekutunya telah mengguna pakai wang negara sesuka hati mereka semasa mereka berkuasa? Bukankah, ada diantaranya kini sedang disiasat, dibicarakan dan ada yang sudah selesai disiasat oleh mana-mana agensi mahupun Suruhanjaya Siasatan DiRaja?

Mari kita lihat beberapa amaun yang jika tidak di ambil, diseleweng atau dilesapkan, Malaysia sudah tentu berada jauh dari apa yang kita lihat hari ini. Sejumlah RM 27 bilion hilang dalam perjudian forex, RM 14.6 bilion digunakan untuk menyelamatkan Proton, RM 10 bilion lesap dari Perwaja Steel dan RM 20 bilion lebur dalam skandal BMF.

RM 10 bilion lebur dalam skandal MAS, RM 3.3 bilion diselewengkan untuk membangunkan sistem air di Sabah, RM 1.5 bilion diselewengkan untuk pembangunan negeri Sabah, RM 4.011 bilion tidak disia-siakan begitu sahaja oleh bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap sistem sambungan internet 1Bestarinet dan banyak lagi skandal yang dicipta oleh para pemimpin pembangkang yang lain.

Bayangkan, seandainya wang berkenaan disalurkan kepada pembangunan negara, sudah tentu landskap pembangunan negara akan berubah. Kita tidak perlu merangkak dari bawah semula hanya untuk meraih istilah negara maju jika kewangan kita diuruskan dengan baik oleh mereka yang diletakkan tanggungjawab berkenaan.

Melihat akan senarai panjang diatas, ingin ditanyakan kepada Mahathir dan para pemimpin pakatan yang lain, siapa yang sebenarnya mengamalkan kleptokrasi sepanjang mereka berkuasa dahulu? Kenapa pula perlu meletakkan istilah berkenaan dibahu kerajaan yang ada pada hari ini sedangkan mereka dahulu yang telah melesapkan wang negara hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka?

Untuk mengatakan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan pengamal kleptokrasi, ianya adalah satu tuduhan yang silap dan memang berunsur fitnah. Mereka sepatut bertanya pada diri mereka sendiri, adakah mereka benar-benar bersih untuk melaungkan anti kleptokrasi? Bayangkanlah jika RM 70 bilion yang terbazir begitu sahaja itu disalurkan kepada pembangunan negara…

Comments

comments

Related Post

One thought on “Andai Lebih RM 70 Bilion Tidak Hilang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*