“Analisa Bajet 2017” Bukan Dari LHDN

Share This:

Dalam usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi, pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa jemu  berusaha mengganggu proses tersebut demi memenuhi agenda masing-masing.

Satu analisa palsu berhubung pendapatan dan perbelanjaan negara yang menggunakan tajuk `Analisa Bajet 2017′ telah ditularkan beberapa kali sejak tahun 2015 dan aduan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut LHDNM,

“LHDNM telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial. Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk “Analisa Bajet 2017” yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya.

Menurut rekod pihak LHDNM, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM.

Justeru, LHDNM dengan ini sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM. LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat.”

Pihak berkuasa digesa agar mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan analisa palsu ini.  Selagi perkara ini tidak dibendung maka ianya akan tetap disebarkan secara berterusan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*