Sally Jones Terbunuh Dalam Serangan ‘Drone’

Share This:

 

Sally Jones yang juga dikenali sebagai White Widow atau Umm Hussain al-Britani,adalah seorang perancang dan propagandis yang dilantik oleh PBB yang dilahirkan oleh British untuk ISIS.

 

Menurut sumber,individu yang bertindak memilih ahli baharu kumpulan militan IS, Sally Jones itu dilaporkan terbunuh dalam serangan drone.

 

Tambahan lagi,warga Britain itu berlepas ke Syria pada 2013 bersama dengan anak dan suaminya, Junaid Hussain untuk menyertai IS.

 

Jones maut dalam serangan yang dilancarkan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dekat sempadan antara Syria dan Iraq pada Jun lalu.

 

Sementara itu, suami Jones, Hussain pula terkorban pada 2015 dan didakwa cuba melancarkan serangan berprofil tinggi di negara Barat.

 

Awal tahun ini, rakan Jones berkata wanita itu dilaporkan terdesak untuk kembali ke United Kingdom.

 

Pemimpin Islam di Britain juga telah mengeluarkan fatwa bagi mengecam pergerakan jihad Negara Islam (IS) dan menyatakan bahawa rakyat Britain yang menyertai kumpulan militan itu adalah pembelot masyarakat mereka sendiri.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*