Pakatan Harapan Didesak Buktikan Sumber Kekayaan Pemimpin Mereka

Share This:

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menyatakan bahawa Pakatan Harapan boleh diibarat sebagai gabungan pembangkang antara yang terkaya di dunia kerana pemimpin-pemimpinnya dikatakan mempunyai banyak harta wang ringgit untuk perjuangan parti.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini berkata kebanyakan daripada pemimpin pakatan itu ada yang mempunyai keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan ada juga sudah terbukti menerima dana dari pihak asing khususnya dari barat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka perlu didesak mengisytiharkan kekayaan mereka dan membuktikan apa aset yang mereka ada dan mungkin kekayaan mereka melebihi kekayaan yang dimiliki oleh Pengasas Microsoft Bill Gates dan Raja Arab Saudi.

“Pengerusi pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad anaknya sahaja ada dua orang begitu aktif dalam perniagaan petroleum iaitu Mirzan dan Mokhzani serta sudah dikenali sebagai bilionair dalam negara ini kerana bidang petroleum sememangnya menjanjikan pulangan lumayan.

“Sebagai bapa, takkan Mahathir tidak terkena tempiasnya, malahan beliau juga saya lihat ada pakai kereta-kereta mewah berjenama mahal.

“Kalau aset mereka sekeluarga sahaja sudah berbilion,” kata Ramesh.

Beliau kemudian mengingatkan kembali berkenaan dakwaan parti DAP ada terima dana dari Israel yang berjumlah RM1.2 bilion yang enggan dijawab sehingga ke hari ini.

Bukan sahaja pemimpin DAP, enggan jawab malahan enggan saman pun pihak yang buat dakwaan berkenaan.

“Kalau tidak benar saman, dana itu besar, tidak mustahil bukan dana itu sahaja yang diterima mereka, mungkin ada banyak dana dari pihak lain lagi.

“George Soros juga dikatakan ada beri sumbangan dana kepada pembangkang di Malaysia dalam gerakan mereka untuk gulingkan kerajaan ini,” katanya.

Kemudian, Ramesh berkata kekayaan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu diberi perhatian kerana beliau sudah lama menerima dana dari pelbagai pertubuhan serata dunia khususnya dari bangsa Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

“Pada 2010, ada Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar pada tahun 2006 menerima RM21.3 juta dana dari Amerika Syarikat yang disalurkan melalui Kongres Amerika untuk membiayai yayasan berkenaan.

“Itu antara dana yang Anwar terima dan sudah terbukti ada banyak dana lagi, tidak mustahil pakatan pembangkang ini adalah parti yang terkaya di dunia,” menurut Ramesh.

Beliau berkata, pakatan pembangkang menggunakan dana untuk membayar media asing untuk memburukkan negara, membayar orang ramai sebagai upah hadir dalam perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan serta menganjurkan perhimpunan berskala besar untuk mencapai matlamat mereka.

“Pembangkang juga sampai sanggup melobi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk buat tuduhan palsu berkaitan 1MDB serta saman sivil yang sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*