Padang Muat 10,000 Kenapa Sasar 100,000?

Share This:

Pembangkang dilihat seperti ada niat lain apabila mensasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Hapus Kleptokrasi yang akan diadakan Sabtu ini kerana lokasi ia diadakan hanya boleh memuatkan kira-kira 10,000 orang sahaja pada satu-satu masa.

Penganjur akan mengadakan perhimpunan berkenaan di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya yang terletak bersebelahan dengan stesen LRT Taman Jaya. Mengikut perancangan, perhimpunan itu akan bermula pada pukul 4 petang dan akan berakhir pada 12 tengah malam.

Dengan keadaan stesen LRT dan terdapatnya pusat beli-belah Amcorp Mall berhampira, perhimpunan itu akan mengganggu kelancaran trafik serta pergerakan orang ramai yang ingin ke pusat beli-belah berkenaan dan yang ingin menaiki LRT. Jika kehadiran melebihi 10,000 orang pun, ia akan mengakibatkan lokasi berkenaan menjadi lebih sesak.

Untuk makluman Ibu Pejabat pari PPBM juga terletak di dalam bangunan Amcorp berkenaan. Pembangkang memilih lokasi yang begitu kecil kerana tidak mahu kelihatan bodoh jika jumlah kehadiran tidak sampai 20,000 jauh dari sasaran 100,000 orang. Jika di sana, bilangan yang sedikit pun akan memperlihatkan padang berkenaan penuh dengan peserta.

Selain itu, Pakatan Harapan mahu himpunan ini kelihatan banyak dibantu oleh parti yang dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad, PPBM kerana terletak berdekatan dengan pejabat mereka.

Alasan lain mungkin mereka ikut cakap Mahathir yang sudah tidak berdaya berjalan jauh untuk ke lokasi-lokasi lain yang pernah diadakan perhimpunan seperti Dataran Merdeka dan Masjid Negara.

Sebenarnya pembangkang mahu mencipta kekecohan apabila kehadiran pada perhimpunan berkenaan akan melebihi kapasiti maksimum padang berkenaan sekaligus akan ia akan kelihatan menarik dan ia adalah satu kelebihan buat mereka.

Semalam, Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, sudah membuat kenyataan iaitu polis melarang perhimpunan itu diadakan di situ dan meminta pihak penganjur untuk mengubah tempat perhimpunan ke Stadium Kelana Jaya yang terletak dalam jarak kira-kira 10 kilometer.

Mereka juga sengaja mahu melakukan provokasi dengan pihak berkuasa kerana masih berdegil supaya perhimpunan Hapus Kleptokrasi diadakan di padang itu dan bukan di lokasi lain.

Semua tindakan ini dibuat untuk menjadikan keadaan kecoh pada Sabtu nanti di Padang Timur MBPJ apabila polis akan bertindak menghalang pembangkang daripada meneruskan perhimpunan berkenaan.

Jika diteruskan, orang awam yang mahu ke sana untuk bersiar-siar akan mengalami masalah kerana kesesakan dek perhimpunan yang tidak berfaedah tetapi hanya akan menyusahkan orang awam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*