“Memang Kena Tunjuk Bodoh Ke Baru Popular?”, Fathia Kena Setepek

Share This:

Belum habis lagi rasanya orang ramai bercakap tentang video Bigo LIVE yang melibatkan pelakon ini, Fathia Latiff nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas mengeluarkan satu kenyataan di Twitter.

Dalam kemaskini terbaru beliau Fathia Latiff seakan menyelar sasaran baru Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu rakyat Malaysia melakukan transaksi jual beli tanpa tunai (cashless) menjelang tahun 2050.

Namun, Fathia Latiff mengambil makna cashless sebagai tiada duit dan bertanya adakah menteri tersebut mahu rakyat Malaysia kembali ke zaman dahulu dengan menggunakan sistem barter.

Kenyataan beliau itu menerima reaksi menarik dari pengguna Twitter yang rata rata menyifatkan Fathia Latiff sebagai bodoh dengan mengeluarkan ayat sebegitu — ada juga yang mengungkit isu video Bigo LIVE.

Fathia Latiff bagaimana pun mengeluarkan lagi satu kenyataan yang mengatakan maksud cashless itu luas dan media sepatutnya lebih jelas dalam memberikan gambaran sebenar dalam tajuk berita. Hmm.

Adakah Fathia Latiff memang tidak tahu apa maksud sebenar cashless atau beliau memang berlagak bimbo untuk meraih populariti sekali lagi?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*