Joy Revfa & Hafiz Hamidun Dok Kecoh ‘Masuk Ke Tak Masuk?’

Share This:

Kecoh betul isu perkahwinan antara usahawan kecantikan terkenal Sharifah Arifah Amin atau nama komersialnya, Joy Revfa dengan artis nasyid, Hafiz Hamidun apabila bertekak pula bab kesahihan bahawa sudah terjadi persetubuhan suami isteri antara mereka secara terbuka di dalam media sosial.

Dalam bab ini, kalau hendak diringkaskan secara mudahnya, berbincang ‘masuk atau tidak masuk’ itu sahaja. Secara moralnya, jelas ia tidak membawa apa-apa faedah untuk membincangkan hal-hal dalam kain secara terang-terangan di platform internet seperti ini.

Mereka saling balas membalas kenyataan berkaitan kebenaran perkara itu yang secara tidak langsung menyalahi nilai dalam agama Islam kerana menceritakan hal hal mengaibkan suami isteri secara terbuka.

Bagi Hafiz, dia sudah membuat kenyataan bahawa sepanjang pernikahan dengan Joy, mereka berdua tidak melakukan hubungan seks kerana meragui status perkahwinan wanita itu dengan suami sebelumnya.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah swt… Saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia,” katanya pada Selasa lepas.

Sebagai seorang artis nasyid yang sering menyanyikan lagu bercirikan ketuhanan, sepatutnya Hafiz juga tidak melayan dan tidak menyentuh perkara ini kerana keaiban kedua-dua akan terbuka secara sendiri selagi mereka berdua melayan isu ini di depan pihak media.

Bagi media khususnya wartawan hiburan, isu panas akan dicungkil dan dikorek selagi boleh sehingga cerita yang memalukan itu keluar dan ia akan menjadi viral.

Joy dan Hafiz boleh mengambil usahawan kecantikan Datuk Seri Vida yang tidak langsung menceritakan masalah rumah tangganya yang lepas sebaliknya hanya memberikan tumpuan kepada perniagaannya sahaja.

Nanti selepas ini, jika Joy ingin menjual apa-apa barangan berkaitan suami isteri nanti, perkara ini sudah pasti akan dibangkitkan dan dijadikan jenaka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*