Isu Darah, Kit Siang Mula Meroyan

Share This:

LIM Kit Siang meroyan dalam isu darah DAP namun dalam isu rasuah RM 1bilion, beliau tidak pula meracau seperti orang sasau. Rakyat melihat segala tindak tanduk penasihat DAP ini dengan penuh teliti dan mereka akan dapat jawapan sebenar disebalik tindak balas tersebut.

Pendedahan berkenaan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi rasuah sebanyak RM 1 bilion kepada Lim Kit Siang agar diberikan jawatan sebagai pengerusi pakatan harapan telah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin dalam portal Malaysia Today.

Baru-baru ini pula,  Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah kehilangan “adab dan tatasusila sebagai orang Melayu” selepas “disuntik dengan darah DAP”.

Persoalannya mengapa Lim Kit Siang “menyalak” lebih kuat dalam isu darah berbanding rasuah RM 1bilion. Memang beliau ada mengugut mahu menyaman Raja Petra namun seperti yang kita sedia maklum, DAP memang terkenal dengan ugutan saman kerana itu adalah cara mereka untuk menjawab dakwaan yang tidak mampu mereka tepis.

Selain daripada itu juga, Lim Kit Siang menjadikan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sebagai sasaran isu darah itu walaupun yang membuat kenyataan tersebut adalah Tajuddin.

Lim Kit Siang dilihat akan menjadikan individu yang membongkar dan mendedahkan siapa sebenar DAP sebagai sasaran serangan mereka bagi menutup rahsia yang DAP cuba sembunyikan daripada rakyat.

Kita juga tahu bahawa modus operandi pembangkang yang diketuai DAP adalah memfitnah kerajaan Barisan Nasional dengan tuduhan yang sebenarnya merupakan tindakan untuk mengalihkan rakyat dari mengetahui salahlaku mereka.

Tindakan pakatan harapan menuduh kerajaan BN melakukan kleptokrasi adalah langkah drastik untuk pembangkang yang diketuai DAP untuk menutup budaya kleptokrasi itu sendiri yang menjadi amalan DAP, PKR, PAN dan PPBM.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*