Inilah Pendapatan Beckham Selepas Pencen Yang Sukar Dipercayai

Share This:

 

David Beckham yang dikenali sebagai bekas pemain sepak bola asal Inggris,mempunyai pendapatan yang sangat mengejutkan walaupun telah besara dan tidak menjadi kebimbangan baginya untuk menyara kehidupannya.

 

Tambahan lagi,dia bukan sahaja masih kacak, mempunyai isteri yang cantik dan sebuah keluarga bahagia serta koleksi motosikal idaman ramai, tetapi dia juga mempunyai pakej pendapatan selepas bersara yang jumlahnya sukar dipercaya.

 

Beckham bersara dari arena bola sepak pada tahun 2013 ketika berusia 38 tahun, tetapi ia tidak menghalangnya daripada memperoleh pencen kira-kira £1 juta sebulan.

 

Semua itu diperolehinya dari syarikat hak cipta imej, Footwork Productions Ltd yang dilaporkan memperoleh £35,000 sehari untuk dirinya.

 

Lebih mengejutkan lagi jumlah pendapatannya sehari adalah sama dengan jumlah pendapatan kita dalam setahun.

 

Menurut akhbar The Sun, Beckham yang kini berusia 42 tahun meraih pendapatan £12.7 juta tahun lalu selepas menandatangani perjanjian dengan H & M, Adidas dan Haig Club Whisky.

 

Selain itu,menurut sumber pendapatan tahunannya selama lima tahun yang lalu adalah sebanyak £45 juta.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*