Hanya Kerana Cebisan Ikan,Seorang Wanita Dirogol,Dirotan Dan Dipenggal

Share This:

Seorang wanita di Republik Demokratik Kongo dirogol, dirotan dan dipenggal kepala secara terbuka oleh kumpulan pemberontak kerana dituduh melanggar pantang larang ketika perang.

Menurut sumber,dia juga dipaksa melakukan hubungan seks bersama anak tirinya yang berusia kira-kira 20 tahun di khalayak ramai sebelum kedua-dua mereka dibunuh.

Tindakan keji, yang tidak berperikemanusiaan apabila darah wanita itu juga diminum beberapa anggota puak pemberontak selain kepalanya diarak di keliling bandar.

Wanita itu diperlakukan sedemikan setelah didakwa menghidangkan sajian terlarang yang mengandungi cebisan isi ikan di restorannya kepada kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di bandar Luebo.

Tambahan lagi,kumpulan itu mempunyai kepercayaan karut di mana mereka dilarang makan daging, ikan, daun ubi kayu, anggur, minyak masak dan bunga raya ketika perang.

Selain itu, mereka juga dilarang mandi dan bersetubuh.

Video berdurasi hampir lapan minit yang tersebar dengan jelas memaparkan bagaimana mangsa dirogol dan dibunuh.

Mayat kedua-dua mangsa dibiarkan di tempat kejadian selama dua hari sebelum ditanam di lokasi sama.

Apabila saat manusia hilang sifat kemanusiaan,mereka akan menjadi seperti haiwan yang buas, ganas dan dikuasai nafsu.

Pelbagai perbuatan jenayah kejam boleh dilakukan oleh manusia seperti ini seperti rogol, pembunuhan kejam dan sebagainya yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal manusia yang waras.

Berkaitan dengan kezaliman ini, Nabi SAW berpesan: “Jauhilah kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat.
Jauhilah kebakhilan, sesungguhnya kebakhilan itu telah membinasakan (umat-umat) sebelum kaum mereka saling membunuh dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan.” (Riwayat Al Bukhari).

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*