Gol Oscarine Masuluke Tersenarai Finalis Anugerah Puskas FIFA

Share This:

Gol dari penjaga gol pasukan Baroka FC dari Afrika Selatan, Oscarine Masuluke mungkin akan dinobatkan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2017 sebaris dengan pemain Malaysia Faiz Subri yang menang anugerah sama untuk edisi tahun lepas.

Kehebatan gol aksi ‘bicycle kick’ oleh seorang penjaga gol di dalam kotak penalti lawan benar-benar mengujakan dan kini ia sudah tersenarai sebagai tiga gol terakhir yang terbaik sebelum pemenangnya akan diumumkan pada 23 Oktober ini di London, England.

Sebelum ini gol Masuluke diundi untuk memenangi gol paling hebat semusim dalam Liga Perdana di Afrika Selatan tapi ditewaskan oleh gol dari kapten pasukan Kaizer Siphiwe Tshabalala, keputusan yang mencetuskan kemarahan peminat bola sepak negara itu kerana gol Masuluke amat unik.

Gol berkenaan menyamakan kedudukan 1-1 ketika pasukannya menentang pasukan Pirates di Stadium Peter Mokaba pada 30 November tahun lepas.

Masuluke bukan sahaja orang Afrika Selatan pertama dinamakan sebagai finalis tetapi dia adalah pemain dari benua Afrika yang berjaya sampai ke peringkat berkenaan.

Sesi undian akan dibuka sehingga hari pengumuman pemenang iaitu pada 23 Oktober, dan pemenang akan menerima trofi Anugerah Puskas di lokasi bersejarah di London, iaitu Palladium.

Selain Masuluke, dua lagi gol yang tersenarai ialah dari pemain Arsenal, Olivier Giroud dan pemain wanita Venezuela Deyna Castellanos.

Pada 10 Januari lalu, Faiz pemain dari Pulau Pinang mencipta sejarah apabila menjadi pemain Asia Tenggara dan Asia pertama merangkul anugerah berkenaan yang diberikan di Zurich, Switzerland.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*