Banyak ‘Komplen’? Nanti Saya Lantik Jadi AJK” – Zed Zaidi

Share This:

“Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan.”

Aik, siapa yang Zed Zaidi nak lantik jadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tu? Dah kenapa pula?



Foto: IG Zed Zaidi



Memetik mStar Online, Zed selaku Presiden persatuan itu meminta Tiz Zaqyah hadir pada mesyuarat agung Seniman akan datang jika mempunyai sebarang cadangan mahupun masalah sebagai seorang pelakon.


Menurut Zed, luahan rasa kecewa Tiz berhubung industri seni di laman sosial tidak memberi sebarang perubahan, inikan pula nak membantu pengiat seni lain.



Foto: IG Tiz Zaqyah



“Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan.

“Jangan samakan kita dengan industri luar, mereka sudah lama, persatuan kita dalam proses pembelajaran dan sebab itu kita mahu semua orang beri sokongan dan idea,” ujarnya kepada mStar Online.


Zed membidas kenyataan Tiz di media sosial yang kecewa dengan permainan industri seni yang dilihat tidak setimpal dengan apa yang diperolehi sebagai anak seni sebelum ini.



mStar Online

“Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar,”jelasnya.


Ini pula jawapan Zed berikutan persepsi negatif masyarakat terhadap artis ‘bimbo’.

“Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh.

“Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial,” ujarnya.

Banyak betul ‘drama’ dalam industri seni Malaysia ni ya? Anda setuju dengan siapa? 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*