Anak Muda Melayu Dihasut Jatuhkan Bangsa Sendiri

Share This:

Pakatan Harapan yang ada sekarang ini, apa pun tak mampu dilakukan , belum lagi nak perintah Negara, belum lagi hendak memikirkan masalah rakyat.  Perkara sekecil perkara pun mereka tak mampu lakukan.

Bukti sudah nyata, kelayakan mereka hanya membuka mulut dan mengkritik apa orang lain buat, jika sesabuah negeri tersebut sudah maju, mereka akan hasut rakyat ubah kerajaan negeri dan mereka akan perintah dan ambil kemudahan serta hasil yang terhidang dihadapan mata.

Ini perangai pemimpin Pakatan Harapan. Cuba kita lihat apa yang sudah berlaku kepada dua buah negeri yang mereka perintah. Cuba kita tuliskan apakah hasil yang rakyat nikmati dari pembangunan yang dilakukan untuk rakyat.

Sudah pasti jawapannya tiada, tiada satupun yang memberikan manfaat kepada rakyat, tiada satupun yang memberikan hasil pulangan kepada rakyat. Itu baru hal berkaitan rakyat. Sehinggakan longkang sumbat pun mereka buntu akal untuk menyelesaikan masalahnya malah mereka mengambil masa sehingga 9 tahun.

Sebelum ini DAP  hanya bergantung kepada PAS dan penyokong PAS untuk menjadi “kuli” mereka dalam menganjurkan demontrasi  Bersih 1, 2, 3 dan akhirnya PAS dicampakkan kerana untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan Negeri.

Setelah PAS keluar berbagai hinaan yang dilemparkan, pemimpin PAS diterajang keluar dari jawatan. Setelah itu berbagai fitnah  kepada PAS dilakukan dan dikatakan bersekongkol dengan UMNO dan terus  memecah  belahkan kekuatan PAS dengan menarik geng Mat Sabu  menubuhkan PAN.

Setelah merasa terancam dan tersilap percaturan, DAP gunakan PKR, PPBM untuk memujuk PAS kembali bersama mereka, DAP bijak mencaturkan, “kuli-kuli” PKR dan PPBM terus berunding. Tetapi PAS sedar hakikatnya.

Sejarah bersama DAP amat pahit, DAP menolak Perlembagaan Malaysia dan menolak Islam secara terangan. Hal ini telah menyedarkan PAS agenda sulit DAP.

Kemampuan DAP , PKR dan PPBM tidak ada langsung dalam menganjurkan demontrasi. Kebanyakan demontrasi yang mereka lakukan semuanya gagal. Percubaan pertama  DAP memujuk PAS  apabila mereka mahukan PAS mengendalikan demontrasi Bersih 4, Tetapi ditolak.

DAP tidak akan sama sekali menggunakan anak muda Cina untuk turun ke jalan  berdemo, mereka akan gunakan anak muda Melayu yang sedang mengejar nama dalam politik, mengejar nama untuk dipuji, disanjung sekali gus agenda halusnya ialah untuk mengagalkan anak muda Melayu dalam pelajaran.

Mereka menghasut anak muda Melayu turun ke jalan menentang kerajaan, Mereka menghasut anak muda Melayu berdemontrasi di Universiti, di pintu Parlimen  , dijalanan sebagai menunjukkan bahawa anak Muda Melayu itu hebat menjatuhkan bangsa mereka sendiri.

Tetapi pada masa yang sama DAP melarang keras anak muda Cina yang sedang belajar turun ke jalanan dan dipesankan agar  memberikan tumpuan kepada bidang akademik dan kemahiran sebagai kesinambungan legasi bangsa dan meletakkan mereka di tempat teratas dan akan menjadi tuan kepada orang Melayu.

Jika kita lihat sekarang pada kebanyakan anak muda mula sedar hal ini. Mereka sedar  bahawa selama ini mereka dipergunakan oleh DAP, PKR untuk meneruskan agenda politik mereka. Mereka telah dipergunakan untuk menjatuhkan bangsa mereka sendiri.

Pada kali ini , anak muda Melayu di Universiti sudah  sedar, telah terbangun dari tidur dan mimpi indah yang diolah oleh DAP, PKR untuk merosakkan kehidupan dan masa depan mereka serta generasi Melayu dimasa akan datang.

Penolakan anak muda dalam politik kotor Pakatan Harapan amat jelas dan dinyatakan dengan sokongan terhadap kerajaan dengan kepelbagaian kemudahan serta peluang diberikan untuk anak muda hasil dari kemamuran Negara yang dikecapi sekarang.

Momokan isu yang dibawa semuanya menjurus kepada tujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menjadikan DAP sebagai pejuang kepada isu fitnah yang  dilontarkan. Setiap fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan adalah bertujuan untuk menutuk kesalahan yang dilakukan oleh pembangkang.

DAP dan pemimpin PKR serta PPBM adalah pemimpin yang mengamalkan amalan kleptokrasi yang telah menyebabkan rakyat kerugian berbillion ringgit. Dan rakyat dirompak oleh pemimpin DAP dan PKR dalam terang dalam jumlah yang besar dibuat melalui alasan pembangunan.

Lihat sahaja isu terowong dasar laut, Isu cat laluan basikal, Cat pintu gerbang, perumahan mewah, harga pembinaan jalan yang menelan belanja berpulun juta untuk satu kilometer. Bukankah semua itu dari wang rakyat.

Tetapi apabila rakyat menentang dan bertanya, DAP dan PKR akan menuding jari kepada kerajaan pusat yang dikatakan tidak membantu. Persoalannya dimanakah wang rizab kerajaan negeri yang begitu banyak dibelanjakan.

Itu belum lagi isu kenaikan cukai yang mendadak, tumbuhnya tol yang bersepah di Selangor, penindasan terhadap rakyat dilakukan sehinggakan cukai sampan pun dikenakan terhadap nelayan. Hanya ini yang mampu dilakukan oleh kerajaan DAP dalam mentadbir dua buah negeri ini.

Jadi rakyat Malaysia harus ingat bahawa orang Melayu hanya ada Malaysia sebagai Negara mereka, bagi pemimpin pembangkang  mereka sudah mempersiapkan segala nya bila berlaku huru hara dalam Negara.

Tetapi kemanakah rakyat akan pergi. Akhirnya rakyat akan menanggung huru hara dalam Negara dan mempertahankannya jika masih mampu dan akan berhadapan dengan natijah sebagaimana yang telah berlaku dalam Negara Telok sekarang ini.

Semua itu berlaku akibat daripada  termakan hasutan propaganda jahat acuan barat dan yahudi dimana tidak mahu menlihat sebuah Negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam terus maju dan Islamnya terus berkembang.

Justeru itu fikir sebaiknya. Jangan masih beranggapan bahawa menukar kerajaan itu semudah menukar baju. Semudah untuk menyuapkan makanan kemulut. Kesilapan menukar kerajaan boleh menjadikan kita tiada ada ruang untuk menukar baju dan meyuap makana kemulut jika berlakunya huru hara.

Pada masa tu, tiada lagi sesalan yang boleh disesalkan, hanya airmata dan  terpaksa menghadapi apa yang sepatutnya dihadapi. Akal itu kunci keputusan.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*