Siapa Sangka 5 Artis Ini Berketurunan Indonesia

Share This:

 

Sering kita lihat banyak artis-artis Indonesia popular di Malaysia seperti Dian Sastro,Nicholas Saputra,Afgan dan Rossa.Manakala artis yang terkenal di Indonesia pula seperti Siti Nurhaliza , Ashraf Sinclair , Miller Ali , Aliff Ali dan Keith Foo.

Namun,berbicara mengenai artis ini di Malaysia ini terdapat beberapa artis yang berdarah keturunan Indonesia dan mereka juga turut dikenali di Indonesia.Artis-artis berikut seperti :

 

1.Fathia Latiff

 

Nur Fathia adalah artis cantik yang sangat terkenal di Malaysia.Fathia lahir pada 1 September 1987 di Penang, Malaysia. Namanya dikenali ketika membintangi drama Nur Kasih. Nur Fathia adalah putri dari Abdul Latiff bin Tahir berdarah Padang, Sumatera Barat. Ibunya Badriyah binti Hassan adalah keturunan Melayu dan Arab. Menurut Nur Fathia ,ketika hari raya ,di rumahnya akan ada masakan rendang kerana ayahnya yang keturunan Padang.

 

 

2. Tiara Jacquelina

Tiara terkenal dalam film, Puteri Gunung Ledang, dimana dia mengambil peranan sebagai pelakon utama. Filem tersebut menelan peruntukan sebanyak USD 4 juta dan disebut sebagai salah satu filem yang termahal di Malaysia. Ayahnya berketurunan Myanmar sementara ibunya pula berasal dari Indonesia. Tiara juga pernah membintangi filem Indonesia yang berjudul Lukisan Berlumur Darah.

 

 

3.Azlina Aziz

Azlina Aziz adalah penyanyi terkenal Malaysia yang seangkatan dengan Hetty Koes Endang, Titi DJ, Vina Panduwinata dan Ruth Sahanaya (Indonesia). Dia adalah anak daripada penyanyi, pelakon dan penari yang terkenal iaitu Normadiah yang berasal dari Manado. Ayahnya ialah Aziz Jaafar, iaitu seniman veteran film-film Melayu.

 

 

4. Aubrey Suwito

Aubrey Suwito adalah seorang pengubah dan penerbit lagu  dan juga produser yang terkenal di Malaysia. Dia juga adalah seorang pencipta lagu tema Akademi Fantasia dan Akademi Fantasi Indosiar berjudul Menuju Puncak. Dia dilahirkan di Melaka ,manakala ayahnya berasal dari Indonesia dan ibunya pula berdarah Singapura.

 

 

5. Dewi Liana Seriestha

Dewi Liana Seriestha yang lahir pada 7 September 1989 di Serawak ini adalah seorang penyanyi, model dan bekas ratu cantik di Malaysia. Pada tahun 2014, dia telah memenangi Miss World Talent menerusi program Miss World Malaysia. Ayahnya adalah seorang pemuzik di Indonesia Yudhi Seriestha dan ibunya pula adalah seorang  penyanyi Malaysia Catherine Noep Sigit.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*