Mahathir Tipu, Lim Kit Siang Memang Mahu Jadi PM

Share This:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad telah menipu rakyat dengan menyatakan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak akan tuntut jawatan Perdana Menteri seandainya pakatan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) dengan alasan veteran DAP itu tidak berminat akan jawatan itu.

Kata-kata Mahathir itu dibuat pada 18 Julai lepas dan menuduh kerajaan yang membuat cerita Kit Siang akan jadi Perdana Menteri jika mereka menang.

Mahathir kata, Kit Siang tidak mahu jadi Menteri pun mustahil mahu jadi Perdana Menteri.

Jadi, apa jawapan Mahathir apabila seorang ahli DAP yang juga bekas Menteri Zaid Ibrahim yang kata Kit Siang jadi Perdana Menteri lebih baik dari pemimpin UMNO pada masa sekarang ini.

“Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin Umno) begitu ‘menginginkannya’ (Kit Siang jadi Perdana Menteri) terjadi, ia mungkin idea yang baik,” katanya yang dipetik portal Malaysiakini.

Link artikel Malaysiakini di sini : https://www.malaysiakini.com/news/397917

Zaid berkata, Kit Siang akan jadi Perdana Menteri yang baik. Kalau bukan disuruh oleh Kit Siang atau konco-konconya dalam DAP takkan Zaid berani pandai-pandai buat kenyataan sendiri kepada umum berkaitan perkara ini. Kalau Kit Siang betul-betul tidak mahu akan sesuatu jawatan, pasti Kit Siang akan halang orang lain dari buat kenyataan mengenainya.

Seperti ada rundingan cara halus antara Mahathir dan Kit Siang untuk cucuk orang ramai bahawa DAP tidak akan tuntut jawatan Perdana Menteri tetapi orang-orang tertentu akan ditugaskan untuk puji dan cakap bahawa kalau Kit Siang jadi Perdana Menteri ia adalah lebih baik.

Jika PH menang, nanti parti dalam pakatan akan diminta turut untuk Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun mungkin ketika itu DAP tidak ada jumlah majoriti undi dalam pakatan dalam Dewan Rakyat tapi ia tidak mustahil dan Mahathir tahu berkenaan perkara ini.

“Idea yang bernas. Kit Siang akan lebih baik berbanding mereka yang telah mengkhianat kepercayaan rakyat (Great idea. Kit Siang will be better than those who abused their trust to the people),” kata Zaid Ibrahim memuji Kit Siang melambung-lambung.

Mahathir juga tahu, kata-kata Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu akan diikuti oleh parti lain dalam pembangkang tanpa banyak soal. Nanti Kit Siang akan bantu Mahathir bawa semua wang yang disimpan di luar negara oleh-oleh kroni tanpa banyak soal sebab Kit Siang juga dijanjikan bahagiannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*