Jurulatih Kebangsaan Didakwa Rogol Atlet Terjun Wanita

Share This:

Jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang hari ini didakwa atas tuduhan merogol atlet terjun wanita September lalu di Mahkamah Majistret, Jalan Duta. Beliau telah ditahan pada 29 September.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, suspek berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan kerana didakwa merogol seorang atlet wanita kebangsaan.

Suspek yang merupakan warga China itu ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa atlet tersebut pada 29 September lalu.

Perkara ini mencalar nama baik sukan renang negara yang telah memungut banyak pingat pada sukan SEA baru-baru ini.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*