Bom Perang Dunia Ke-2 Meletup Di Tapak Pembinaan MRT

Share This:

Tiga pekerja binaan parah dalam kejadian letupan bom lama peninggalan Perang Dunia ke-2 di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi jam 5 petang, Selasa.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian itu selepas siasatan dilakukan Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dua daripadanya putus kaki.

Sementara itu, MC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah kini stabil di hospital.

Terkini, Bernama melaporkan seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.

Untuk pengetahuan, Bandar Malaysia Selatan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*