Sepasang Kekasih Serah Diri Selepas Video Hubungan Seks Di Stesen Kereta Api Tular

Share This:

Sepasangan kekasih sempat melakukan seks ketika waktu puncak di stesen Hackney Fields, timur London selama kira-kira 90 saat.

 

Pelajar yang melakukan seks di sebuah stesen kereta api tersebar, akhirnya menyerah diri selepas ibunya sendiri melihat rakaman video tersebut dalam talian.

 

Para penumpang terkejut selepas Dominic Richardson, 23, bertindak sedemikian di laluan tren London Overground.

 

Mereka kemudian memakai semula pakaian sebelum menaiki kereta api, tanpa mengetahui video aksi seks tersebut telah tular dalam talian.

 

Lebih memalukan, Richardson hanya mengetahui tentang video itu apabila dimaklumkan oleh ibu dan rakannya.

 

Pelajar jurusan psikologi itu kemudiannya mengaku bersalah kepada polis tetapi menyatakan bahawa ia berlaku tanpa disedari.

 

Dia memberitahu pegawai polis bahawa dia telah bertemu dengan wanita berkenaan di sebuah pub berhampiran dan terserempak dengannya sebelum mereka berdua menuju ke stesen kereta api tersebut.

 

Dia juga mengaku telah banyak mengambil minuman keras sepanjang malam.

 

Sebelum polis mendapati Richardson pernah disabitkan memandu dalam keadaan mabuk.

 

Menurut pendakwa Zara Khan ,”Seorang anggota masyarakat telah membuat rakaman ini melalui telefon bimbitnya yang menunjukkan kejadian melibatkan defendan dan wanita yang tidak dikenali.

 

“Mereka melakukan hubungan seks di platform.

 

“Wanita yang mengambil rakaman video itu berkata bahawa dia terkejut dan marah.

 

“Sudah tentu, kesalahan itu berlaku pada awal pagi, terdapat ramai orang di dalam tren dan di sekitar lokasi.

 

“Ia berlaku pada waktu siang, semasa cuti sekolah dan di laluan yang membawa anda ke Lapangan Terbang Stansted.”,katanya.

 

Wakil Richardson, Davis Jones pula berkata, “Dia jelas telah mengaku bersalah dari awal dan saya akan meminta anda untuk meringankan hukumannya.

 

“Dia memberikan maklumat penuh dan penjelasan kepada polis.

 

“Dia memberitahu berasa sangat terhina dan malu.

 

“Dia tidak menyembunyikan fakta bahawa dia mabuk tetapi hanya mahu menggunakannya sebagai penjelasan.”

 

Jones berkata bahawa Richardson bekerja selama 50 jam seminggu selain belajar di universiti dan ingin berehat pada hujung minggu.

 

Menurut Jones pula,”Kebanyakan orang tahu tentang perkara ini”,katanya.

 

“Satu-satunya perkara yang saya mahu katakan adalah terdapat pengaruh alkohol sebelum kejadian,”kata
Majistret Linda Logan.

 

“Sabitan terakhir adalah memandu dalam keadaan mabuk.

 

“Perkara ini serius dan anda telah mendengar kami membincangkannya.

 

“Kami akan memberikan anda perintah komuniti dan program pantang larangan alkohol selama 60 hari.

 

“Satu alat akan diberikan untuk mengesan sama ada anda mengambil alkohol atau sebaliknya.

 

“Anda tidak boleh minum alkohol selama 60 hari.

 

“Jika tag itu dimatikan ia akan dilaporkan kembali ke mahkamah dan anda mungkin menerima jenis hukuman yang berbeza.”

 

Richardson juga diperintahkan untuk membayar £85 biaya mahkamah dan surcaj mangsa.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*