Lesen Kelab:Enggan Tuding Jari,Sarawak Akur Dengan Keputusan

Share This:

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak menunding jari kepada sesiapa berikutan masalah permohonan lesen.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais memberitahu, sikap tersebut tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah yang semakin suntuk ini.

Apa yang diperlukan FAS sekarang adalah kerjasama daripada pihak pengurusan lalu agar masalah tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh suntuk ini.

FAS bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super sekiranya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh akhir 19 Oktober ini.

“Pihak pengurusan FAS sekarang (2017) telah beberapa kali merayu kepada pihak  Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk mendapatkan kelulusan namun ianya ditolak.

“Ini kerana pihak mereka belum menerima laporan kewangan bagi pengurusan tahun lepas (2016).

“Laporan tersebut pernah dihantar, tetapi beberapa sebab yang terkandung di dalamnya tidak lengkap,” jelasnya yang baharu memegang FAS bermula tahun ini.

Posa berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menandatangi kewangan untuk tahun 2012 hingga 2016.

“Laporan yang dikehendaki FMLLP adalah tahun 2012-2016.

“Dari tahun tersebut, segala bentuk urusan pengurusan kewangan tidak disalurkan melalui FAS kerana tenpoh tersebut diuruskan oleh FAS FMG Sdn Bhd yang ditubuhkan pengurusan lalu (Datu Sudarsono Osman).

“Saya mempunyai kuasa sekiranya bentuk urusan kewangan diuruskan atas nama ‘Persatuan Bolasepak Sarawak’ untuk 2017 sahaja.

“Mengenai isu berkaitan Lembahaga Hasil Negeri (LHDN), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Socso bukanlah perkara besar ketika ini untuk mendapatkan lesen.

“Malah barisan pengurusan FAS telah banyak menyelesaikan beberapa isu hutang, denda dan beberapa perkara lain yang ditinggalkan pengurusan lalu.

“Apa yang diperlukan sekarang adalah laporan kewangan 2012-2016 perlu ditandatangani dan dihantar oleh pengurusan sebelum ini,” jelasnya.

Posa berharap pihak pengurusan lepas dapat memberi kerjasama dalam menyelesaikan perkara ini.

“Tiada niat saya dan pengurusan untuk menunding jari mencari kesalahan sesiapa kerana kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua pihak.

“Saya dan seluruh rakyat Sarawak sayangkan bola sepak dan kita tidak mahu perkara ini dihukum untuk tidak bersaing lagi pada masa akan datang,” tambahnya yang berharap penyokong terus memberi sokongan kepada pasukan.

Selain itu, sebanyak tujuh daripada 12 pasukan yang beraksi di Liga Super telah mendapat kelulusan lesen kelab FAM bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

Manakala skuad ‘Bujang Senang’ antara satu daripada lima pasukan Liga Super yang permohonan untuk mendapatkan lesen kelab ditolak oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM bulan lalu selain Kelantan, Melaka, Felda United dan Kedah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*