Seorang Lelaki Didakwa Diserang Secara Seksual Oleh Lelaki Ketika Melalui Lorong Berhampiran Kelab

Share This:

Kebiasaaan yang kita dengar mangsa seksual sering terjadi di kalangan perempuan,kini seorang lelaki di Glasgow, Scotland, mendakwa telah dinodai oleh seorang lelaki lain ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut sumber, lelaki itu diserang secara seksual ketika berjalan seorang diri meninggalkan sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Dia dikatakan diserang ketika melalui lorong berdekatan dengan kelab itu sekitar jam 3.40 pagi.

Polis ketika ditanya enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan telah menahan dan menyoal siasat seorang lelaki berumur 31 tahun.

Suspek dikatakan bakal dihadapkan ke mahkamah pada Selasa depan.

Meskipun agak pelik,lelaki nodai lelaki tetapi ia adalah satu isu serius dan tidak boleh dipandang remeh sekiranya perkara itu terjadi di negara Malaysia,apabila dibiarkan begitu saja boleh merosakkan agama dan masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh,isu LGBT kini yang semakin berleluasa di seluruh negara adalah menjadi kebimbangan bagi umat islam di berbagai negara yang boleh menjurus mereka melakukan hubungan dan nafsu songsang.

Oleh itu,perkara seperti ini perlu dijadikan sebagai pengajaran bagi mereka-mereka yang menyokong gejala tersebut yang boleh merosakkan akhlak dan negara.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*