Pakatan Harapan Terkurung Dalam Penjara Janji

Share This:

Pembangkang gabungan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia cara hidup mereka sentiasa takut kerana mereka terkurung dalam penjara janji yang mereka buat sendiri semata-mata untuk dapatkan kuasa untuk memerintah Malaysia bukannya untuk menjadi kerajaan yang membantu rakyat.

Apabila pembangkang gagal melaksanakan janji yang mereka sendiri buat kononnya untuk rakyat mereka akan jadi takut dan kemudian tuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) jahat dan gagal menunaikan janji padahal semua janji BN pada rakyat sudah ditunaikan dengan baik serta berjaya menambat hati pengundi.

Janji Kerajaan Negeri DAP, di Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah banjir gagal kerana Ketua Menterinya Lim Guan Eng sibuk memuaskan kemahuan sendiri menindas rakyat Pulau Pinang. Lim Guan Eng sibuk kumpul kekayaan negeri sampai kilang haram dibiarkan beroperasi sampai dah ragut nyawa rakyat kerana kanser.

Janji hendak selesaikan masalah kilang haram di Pulau Pinang terbiar begitu sahaja. Guan Eng bagi alasan pula bahawa kerajaan negeri ada dasar menangguhkan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang haram untuk cari jalan penyelesaian. Kemudian, janji beliau untuk menghapuskan rasuah, proksi dan kronisme juga entah ke mana di negeri itu.

Taik rasuah sendiri ialah Ketua Menterinya yang didakwa salah guna kuasa untuk beli rumah banglo sendiri dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran di Georgetown. Lepas itu, pertahankan pula Exco Negeri, Phee Boon Poh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melindungi kilang haram.

Di Selangor, Menteri Besar Azmin Ali juga jenis pemimpin kaki tak tunai janji dan sekarang dibelenggu tekanan dek rakyat menuntut janji ditunaikan. Antaranya ialah janji menyelesaikan masalah berkaitan perumahan mampu milik, lalu lintas, sampah serta menguruskan aset kerajaan negeri yang diamanahkan rakyat dengan berhemah.

Kerajaan Negeri Selangor pernah berjanji untuk berikan pendidikan percuma kepada institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pengurusan kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kesudahannya tidak ada apa-apa.

Janji Presiden PKR, yang juga Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hendak selesaikan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas di Kajang pun gagal. Kini, pembangkang buat cerita bohong fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak buat cerita kononnya banyak janji BN masih belum ditunaikan.

Najib dalam hal ini sedar dan beliau sentiasa mengemaskini maklumat berkaitan pelaksanaan janji kerajaan BN kepada rakyat dengan pembentangan rasmi secara langsung termasuk bawa mereka yang menerima kesan baik daripada langkah kerajaan itu untuk jadi bukti kepada rakyat.

Perbuatan berterusan buat janji dan buat tidak tahu ini terus buat pembangkang kelihatan seperti tidak ada arah tuju. Setakat ini, arah tuju PH hanyalah mempertahankan pemimpin yang dipenjarakan dan membela pemimpin yang sudah buat perkara yang memalukan pakatan berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*