Himpunan Kleptokrasi Jalan Terakhir Mahathir Rayu Sokongan Rakyat

Share This:

Hanya berbaki kira-kira 5 hari sahaja lagi untuk Pakatan Harapan memastikan sasaran kehadiran 30 hingga 50 ribu orang dalam Himpunan Anti Kleptokrasi Selamatkan Malaysia yang bakal diadakan di Petaling Jaya, 14 Oktober ini. Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya begitu optimis sasaran berkenaan akan dicapai menjelang himpunan dari jam 4 hingga 12 tengah malam ini.

Namun begitu, satu perkara yang harus diakui oleh Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain, tidak seperti BERSIH, promosi tentang himpunan ini nampak hambar dan tidak mendapat sambutan. Malah, ramai yang menganggap, himpunan ini hanya membuang masa tanpa ada sebarang hasil yang memberi faedah kepada Paktan Harapan dan juga negara.

Tidak sukar untuk menafsirkan, apa tujuan sebenar penganjuran himpunan seumpama ini. Dalam perkembangan politik negara hari ini, Mahathir nampaknya terkial-kial mencari sokongan untuk meneruskan agenda jahatnya untuk menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Malah, Pakatan Harapan sendiri sedang tercari-cari isu yang boleh menggoyangkan kerajaan.

Tambahan pula, Pilihan Raya Umum ke 14 semakin hampir dan sudah semestinya, Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan memerlukan satu momentum terbaik untuk meraih sokongan daripada rakyat. Oleh yang demikian, terhasillah idea untuk mengadakan satu perhimpunan dengan istilah kleptokrasi itu sendiri langsung tidak difahami oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Namun, Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan langsung tidak memperdulikan semua itu. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengheret seberapa ramai rakyat Malaysia ke Petaling Jaya demi mahu mencapai keinginan politik mereka.

Di satu segi pula, Mahathir pastinya ingin menjadikan himpunan ini sebagai satu cara untuk dia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan. Seperti yang dia lakukan di padang MPAJ tahun lalu semasa himpunan Selamatkan Malaysia, dia pastinya akan menyampaikan ucapan-ucapan memfitnah kerajaan tanpa mampu mengemukakan walau satu pun bukti bagi menyokong fitnahnya.

Dia pastinya mengharapkan, kehangatan perhimpunan ini mampu memberikan satu momentum buat diri dan PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Istilah Selamatkan Malaysia itu hanyalah satu momokan untuk dirinya meraih seberapa ramai penyokong sedangkan dia tahu, usahanya selama beberapa tahun kebelakangan ini bakal menemui kegagalan secara total.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*