Buat Fitnah Mahu Rampas Perak, Pembangkang Masih Bernafsu

Share This:

Nampaknya Pakatan Harapan (PH) masih begitu bernafsu hendak merampas negeri Perak, kembali dari Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti selepas kehilangan kuasa pada 2009 dek kerakusan diri mereka sendiri.

Kali ini, UMNO Negeri Perak meminta rakyat Perak berhati-hati dengan taktik pembangkang yang melemparkan macam-macam jenis fitnah kapdaBN menjelang PRU14 kerana mereka sedar kekalahan teruk semakin menghampiri mereka.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamed, DAP baru-baru ini menuduh UMNO Perak mendaftar pengundi hantu yang merupakan tuduhan jahat serta berunsur fitnah.

Beliau percaya tujuan mereka melakukan pembohongan ini bagi meraih simpati rakyat melalui pelbagai lemparan fitnah kerana mereka kini dalam keadaan terdesak.

Katanya lebih-lebih lagi mereka sudah dapat merasai bahang kekalahan menjelang PRU ke14.

Pendedahan dan jawapan balas UMNO Perak dibuat ekoran kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa BN telah membawa 56,323 pengundi hantu untuk berdaftar di negeri Perak.

Serentak dengan itu Saarani menafikan tuduhan Kor Ming itu sambil menganggapnya sebagai satu siri pembohongan yang dimulakan sejak awal lagi sebagai alasan untuk kekalahan dipihak pembangkang yang sudah dijangkakan.

“Saya mengenali perwatakannya (Kor Ming) yang sering menyebut angka yang tidak betul tetapi untuk menarik perhatian dan menyakinkan orang ramai dakwaan angka itu direka dan dihebahkan… itu satu sikap bahaya kerana berbohong pada diri dan mempercayai bohong itu sendiri,” katanya dipetik Agenda Daily.

Saarani berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Perak di Ipoh, semalam. Beliau menjawab tuduhan tidak berasas itu yang dilemparkan Nga Kor Ming menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Menurut beliau, Kor Ming sudah mula berasa gelisah berikutan dakwaannya yang menyatakan Negeri Perak tidak berasaskan sokongan pengundi Melayu kini sudah berubah.

Saarani menjelaskan Daftar pemilih yang dikeluarkan yang terbaru digazetkan berakhir 30 Jun 2017 menunjukkan peningkatkan jumlah pengundi Melayu di negeri Perak melepasi 50 peratus iaitu 50.43 peratus.

“Jadi ia menimbulkan kegelisahan pertambahan pengundi dan andaian bahawa Perak bukan negeri berasaskan Melayu sudah berubah jadi dia terpaksa mencipta cerita kononya BN membawa pengundi hantu ke negeri ini.

“Kita ingin melontarkan soalan apakah Nga Kor Ming faham apa itu pengundi hantu? pengundi hantu ialah pengundi yang tidak wujud secara fizikal bukan rakyat Malaysia tetapi namanya ada dan pada hari mengundi dia mengundi.

“Sekiranya daftar pemilih itu mempunyai nama berdaftar, wujud secara fizikal dan pada hari mengundi dia hadir ia tidak boleh dikategorikan sebagai pengundi hantu.

“Malah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyediakan ruang selama dua minggu untuk sebarang bantahan mengenai senarai nama daftar pemilih berdaftar yang didapati meragukan mana-mana pihak untuk dijalankan siasatan semula serta dibicarakan.

“Jika lihat ada pengundi Bangladesh, pengundi hantu atau tidak wujud dia boleh membantah dan SPR akan berlaku adil membuat siasatan tetapi dia boleh menuduh sedemikian setelah digazetkan pada 30 Jun lalu.

“Begitu juga situasi bagi daftar pemilih yang berpindah ke lokasi baharu yang memerlukan mereka mendaftar semula di lokasi tersebut menerusi Jabatan Pendaftaran Negara untuk pertukaran alamat kemudian berdaftar semula sebagai pengundi mengikut alamat paparan di kad pengenalan terkini.

“Penyokong pihak pembangkang juga ada, berubah alamat seperti penyokong Lim Kit Siang yang bertukar ke Gelang Patah itu hantu apa? hantu terbang?.. hantu lompat?

“Jika pemindahan pengundi itu diistilah sebagai pengundi hantu berapa ramai hantu telah berpindah dari Perak ke Johor? BN juga membuat kajian mengenainya,” kata Saarani, yang juga Ketua UMNO bahagian Lenggong.

Saarani seterusnya mencabar Kor Ming supaya memberi penjelasan berhubung maklumat daftar pemilih yang mendapati sebanyak 607 orang pengundi Cina dari Perak telah berdaftar ke kawasan Teberau, 443 pengundi pula berpindah ke Pulai serta 311 berdaftar di Gelang Patah boleh diistilah sebagai pengundi hantu.

“Ini siapa nak jawab ni? tempat yang strategik..siapa nak jawab ni.. kalau nak ikut tuduhan saya boleh tuduh mengatakan bahawa Nga Kor Ming dan DAP telah berniat jahat bawa pengundi-pengundi hantu secara lompat ataupun terbang pergi ke Johor..jadi kalau kita nak bermain macam tu tak selesai.

“Sebab itu saya nak nasihatkan Nga Kor Ming dia kena gentlemen berpolitik sebab dia bukan orang baru sudah empat penggal jadi wakil rakyat bukan sahaja Adun dia juga ahli Parlimen. . “

“Jadi untuk mengambarkan kita seorang ahli politik yang matang maka kita jangan cuba kelirukan orang ramai dengan angka-angka ini . . . itu tak betul dan orang ramai pun tak perlulah melayan angka-angka ini sebab mereka yang sama pernah menuduh BN bawa 40,000 orang Bangla sampai sekarang tidak dapat dibuktikan.

“Maknanya cerita ada pengundi hantu semua rekaan semata-mata sebab dia telah set alasan untuk kalah…sekarang dia kata 56, 323 pengundi hantu ni dah siap set dah nanti akan kalahlah dia (pembangkang) dalam pru ke 13 dengan sendiri dia cakap kepada pengundi-pengundi penyokong-penyokong dia…kita kalah bukan kerana kita lemah tapi kita kalah kononnya kerana BN bawa pengundi hantu..dia dah siap dah alasan.

“Ini orang yang telah menyediakan alasan untuk kalah dan dia akan kalah sebab itu dia sudah menyediakan semua ini,” kata Saarani.

Menjawab soalan pemberita , Saarani berkata, Nga Kor Ming membuat tuduhan itu dalam Twitternya minggu lepas.

“Dia dengan kuncu-kuncu dia dengan Nizar Jamaluddinnya dengan beberapa orang rakan lagi bergambar dihadapan pintu utama SPR,” katanya.

“Saya percaya kalau saya tak jawab tohmahan ini dia akan datang lagi dengan tohmahan lain dengan lakonan lain dengan angka lain,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*