Tukang Urut Nik Aziz Pun Nak Jadi Calon PRU14

Share This:

SEORANG tukang urut pun bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah memperkenalkan bakal calonnya bagi kerusi DUN Semenyih dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) – seorang pendatang baru yang berusia 23 tahun, Nik Aziz Afiq.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama rakan-rakannya dari PSM, Nik Aziz gembira kerana partinya membuat keputusan untuk memilihnya sebagai bakal calon di situ.

“Jarang sekali anak muda seperti saya diberi kerusi (untuk bertanding).

“Walaupun yang lain mungkin mempunyai kelayakan universiti yang berprestij, ada juga dari luar negara, saya adalah lulusan SPM tanpa latar belakang dalam politik.

“Saya anak muda dari kelas pekerja, dari akar umbi,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Pasar Besar Kajang.

Nik Aziz adalah seorang tukang urut, yang bekerja di sebuah pusat urut pada waktu siang.

Beliau berkata. selepas bekerja, beliau akan pergi rumah ke rumah untuk mengurut bagi menambah pendapatan.

Menurutnya, beliau mengurut secara tradisional Melayu.

Beliau merupakan sukarela NGO Royalti di Kelantan apabila pertama kali bertemu dengan wakil PSM yang membantu penduduk setempat, walaupun parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri tersebut.

Tertarik dengan apa yang dilihatnya, beliau menyertai parti itu pada tahun 2015.

“PSM mempunyai sesuatu yang parti lain tidak ada, iaitu konsistensi. Sejak kita bermula pada tahun 1998 hingga 2008 dan sehingga tahun 2018, PSM secara konsisten berjuang untuk keperluan rakyat.

“Apabila orang mempunyai isu perobohan, mereka akan cari PSM. Apabila orang ditindas, mereka akan cari PSM,” katanya.

Suara akar umbi

Ketika ditanya apa yang boleh ditawarkannya kepada pengundi Semenyih, Nik Aziz cepat menjawab yang dia akan membawa suara pengundinya, sekiranya dia menang.

“Setiap isu yang dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diterangkan kepada semua kampung di Semenyih.

“Kita akan membawa suara rakyat dalam pendebatan di DUN. Semua keputusan, sama ada untuk bersetuju atau tidak, akan dibincangkan dengan rakyat terlebih dahulu,” katanya sambil menambah bahawa tidak akan ada di mana wakil rakyat membuat semua keputusan.

Jelasnya, dia akan mengumumkan asetnya secara terbuka dan akan “membawa suara orang muda” jika dia terpilih.

Sementara itu, Nik Aziz berkata beliau akan meneruskan kerjayanya walaupun jika selepas menjadi wakil rakyat Semenyih.

“PSM tidak mempunyai rakan yang menyumbang banyak wang kepada kami. Seperti Dr Michael Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput), sebahagian besar elaun saya (sebagai wakil rakyat) akan disumbangkan kepada pusat khidmat untuk membantu rakyat.

“Jadi, saya boleh teruskan sebagai tukang urut. Bukan sahaja saya dapat mengenali orang Semenyih dengan lebih baik, saya juga akan dapat bertahan tanpa perlu bergantung kepada dana luar. Itu penting bagi saya,” katanya.

Persoalannya PSM ada masa depankah dalam perjuangan politik tanahair memandangkan parti tersebut lebih mirip kepada idealogi komunis yang ditolak secara total oleh rakyat Malaysia,

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*