Wan Ji Anggap Intelektual KDN Lemah

Share This:

Intelektual ialah orang yang menggunakan inteleknya untuk bekerja, belajar, membayangkan, mengagak, atau menyoal dan menjawab soalan tentang berbagai-bagai idea.

Secara amnya, terdapat takrif moden untuk istilah “intelektual”, iaitu mereka yang amat terlibat dalam idea-idea dan buku-buku.

Menurut Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin ,bagi kumpulan yang suka mengharamkan buku mempunyai daya intelektual yang rendah dan lemah kerana gagal memahami buku intelektual yang diilhamkan beliau berhubungan dengan pengharaman yang dibuat ke atas buku beliau yang bertajuk ‘Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi’ oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pegawai Penerangan (Agama) Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu berkata demikian kepada wartawan Menara.my. “Jadi orang yang gemar mengharamkan buku ini, selalunya dia tidak memahami kandungan sesuatu buku,” katanya. Beliau berkata, sama seperti zaman dahulu ada satu kitab yang diharamkan, nama kitab itu Al-Muwafaqat ditulis oleh ulama besar iaitu Imam al-Syatibi tetapi sekarang buku itu boleh dikatakan telah dibaca oleh seluruh ulama yang pakar dalam bidang Maqasid Syariah dan menjadi kewajipan untuk membaca buku tersebut bagi mereka.

“Jadi kenapa era itu diharamkan buku tersebut?” Wan Ji berkata ada beberapa faktor, yang pertama pemerintah ketika itu tergugat dengan kewujudan buku tersebut dan kedua, daya intelektual orang kerajaan itu terlalu lemah sehingga tidak faham kandungan buku berkenaan. “Bagaimanapun, buku tersebut menjadi buku rujukan utama bagi mereka yang ingin mendalami bidang maqasid syariah.”

Wan Ji menjelaskan, idea menulis buku itu ialah selepas beliau membaca dua buah kitab, yang pertama ialah kitab Tahafut al-Falasifah yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dan yang kedua Tahafut at-Tahafut ditulis oleh Imam Ibnu Rusyd di mana kedua-dua mereka adalah ulama besar di dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, setelah membaca kedua-dua kitab berkenaan, beliau mendapat idea dan pandangan itu diluahkan dalam bentuk tulisan di Facebook. Kemudian, apabila sudah menjadi banyak maka, ianya dihimpunkan dan ditulis dalam sebuah buku. “Ia lebih kepada kupasan perdebatan yang ada di dalam kedua buku Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri.”

Menurut Wan Ji Wan Hussin, beliau pada awalnya tidak tahu menahu perihal pengharaman buku beliau tersebut sehingga dokumen tentangnya menjadi tular di media-media sosial.

Tambahan pula, buku itu telah diterbitkan sejak dari tahun 2015 lagi.

Beliau sendiri mempromosikan buku itu di internet sebelum ianya diharamkan.

“Saya ada melihat di dalam dokumen yang disebarkan terdapat tanda tangan daripada Zahid Hamidi dan saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak isi kandungan buku itu dan kalau dia baca sekalipun, saya tidak tahu dia faham ataupun tidak?” “Saya rasa kalau dia boleh haramkan buku tersebut, jelas daya intelektualnya terlalu lemah kerana buku itu saya olah dalam bahasa yang cukup mudah.”

Wan Ji menambah, “Sedangkan buku yang terlalu mudah pun beliau tidak mampu untuk faham apatah lagi jika dia (Zahid Hamidi) membaca sendiri kitab Tahafut al-Falasifah itu.”

Menurut Wan Ji lagi, kandungan artikel yang ditulis itu mungkin bersifat menyeru orang supaya berani membina tamadun yang baru dan bagaimana terbinanya tamadun Andalusia dan tamadun Abbasiyah berfaktorkan kepada daya intelektual yang tinggi.

“Justeru, proses pengharaman buku ini adalah masalah daya pemahaman intelektual orang-orang yang menilai buku itu dan yang kedua, faktor kerajaan yang melihat buku berkenaan boleh menggugat institusi kerajaan,” katanya.

“Sebenarnya sudah tinggal sedikit saja naskah yang belum terjual dan selepas pengharaman pun bakinya cuma mungkin untuk penghabisan stok saja lagi,” katanya.

Menurutnya, buku terkini beliau yang baru siap dan baru saja diterbitkan ialah mengenai Maqasid Syariah dalam Bahasa Melayu yang paling lengkap. “Setahu saya belum ada lagi diterbitkan buku seumpama ini dalam Bahasa Melayu dan buku ini belum lagi diharamkan.”

Sebelum ini,Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut memetik satu hadis sebagai dalil untuk mengkritik amalan umat Islam setempat yang kerap merujuk kepada para alim ulama untuk perkara berkaitan dengan politik.

Beliau berkata, “Kita ni kadang-kadang kalau nak buat keputusan politik, tanya ulama.

Boleh tak buat keputusan politik jangan tanya ulama? Boleh tak? Sebab ulama bukan mesti pandai. Ulama yang menyusahkan orang berlambak.” Ustaz yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan berhubung usaha kerajaan pimpinan Lim Guan Eng dalam memperkasakan agama Islam sebagai agama negeri itu juga mendakwa para ustaz kadang-kadang begitu jahil dalam memahami konteks politik.

Sedangkan kebenaran sesuatu perkara itu mestilah dirujuk kepada wahyu Allah terlebih dahulu, sekiranya tiada sebarang panduan di dalam wahyu, barulah kita boleh merumuskan berdasarkan kepada fikiran manusia.

Ulama sebagai pewaris Nabi, tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan politik. Pelita politik kehidupan sangat ditentukan oleh peranan para ulama.

Dunia politik akan gelap, arah kebijakan tersesat, jika ulama tidak hadir dalam dunia politik.

Intelektual atau fahaman sesat? Inilah yang dinamakan apabila intelektual terlalu tinggi dan bersifat liberal seperti DAP (apabila akal fikiran terlalu tinggi daripada wahyu).

Pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah banyak menyimpang dari ajaran Islam sebenar apabila menasihati para hadirin dalam satu majlis, supaya tidak lagi merujuk kepada para ulama dalam merangka keputusan politik.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*