Lelaki Raba Kemaluan Doktor Pelatih

Share This:

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencabul seorang doktor pelatih di sebuah hospital di negeri ini, awal September lalu.

Wan Mohd Faizal Wan Chik, 37, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor pelatih berusia 26 tahun apabila meraba kemaluan mangsa dengan niat hendak mencabul kehormatan wanita itu di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, jam 6.45 petang, pada 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memaklumkan menghidap penyakit mental dan pernah dirawat di wad psikiatri, selain pernah dibekalkan ubat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon kepada mahkamah supaya pengakuan tertuduh tidak direkodkan dan dia perlu dirujuk ke Hospital Permai di Johor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan dan menetapkan 6 November depan untuk serahan laporan rawatan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*