Ceramah Forum Perdana DUN Seberang Takir Dihadiri Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Dan Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah

Share This:

Dua penceramah terkenal negara iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah telah menyampaikan ceramah Forum Perdana DUN Seberang Takir yang diadakan di Padang Bola Perumahan Kampung Telaga Daing malam semalam.

Ceramah dipengerusikan oleh moderator Ustaz Muhammad Ramli Nuh yang bertajuk ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ telah menarik hampir 2,000 orang yang hadir memenuhi segenap ruang tempat berkenaan.

Antara kandungan ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua ahli panel iaiah peranan wanita dalam sebuah keluarga dan wanita sama ada ibu, isteri atau anak sememangnya mempunyai kedudukan tinggi dan mulia di sisi agama Islam.

Tambahan lagi,majlis ilmu tersebut turut ditonton oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria serta Pegawai Daerah Kuala Nerus Dato Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil.

Forum Perdana diadakan sempena Minggu Wanita dan Kesihatan DUN Seberang Takir yang berlangsung selama 3 hari sehingga Sabtu ini di Telaga Daing.

Selain itu aktiviti lain yang dibuat sempena program ini adalah Fun Ride, Ladies Trasure Hunt, pemeriksaan kesihatan oleh IJN dan banyak lagi acara menarik lain sesuai untuk seisi keluarga.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*