3 Kali Berak Depan Dobi Bukan Khianat, Itu Lahanat

Share This:

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan didapati membuang air besar di hadapan sebuah kedai dobi layan diri dan ianya mengundang rasa tidak puas hati pemilik kedai dobi tersebut, Datuk Adzwan Ab Manas.

 
Memetik laporan mstar, setelah mengetahui kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup CCTV, rakaman video itu dimuat naik di laman facebook sekaligus mencetus perbincangan hangat di alam maya. 
 
Difahamkan bukan sahaja remaja itu melakukan perkara yang tidak senonoh, malah ibunya juga turut ‘panjang tangan’ mencuri bakul sampah dan bakul-bakul yang disediakan untuk pelanggan yang datang di kedai.
 
“Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mak dia pun sama juga perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga turut dicuri.” katanya.
 
Pemilik dobi tersebut memberitahu wartawan Harian Metro bahawa kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan September selepas waktu tengah hari. Manakala kejadian yang terbaru berlaku pada 3 Oktober, juga selepas waktu tengah hari.
Berdasarkan gambar, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah dipercayai disuruh oleh ibunya untuk membuang air besar di sudut depan premis tersebut, dia juga menunggu anaknya sehingga selesai melepaskan hajat.
 
“Tidak dapat dipastikan apa motif dua beranak itu sama ada sengaja mahu mensabotaj atau meninggalkan ‘ilmu hitamnya’ di premis tersebut.”
 
Akibat tidak tahan dengan perbuatan tersebut, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban 2 pada pukul 5 petang semalam.
 
Justeru, Datuk Adzwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beranak itu tampil menghubunginya agar tindakan dapat diambil segera bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi.
 
“Siapa kenal budak ini, sila hubungi saya untuk tindakan lanjut. Setakat ini masih belum dapat ditangkap. Saya nak tahu budak ini bersekolah di mana agar kami dapat berjumpa dengan pengetua sekolahnya untuk tindakan lanjut,” katanya yang meminta netizen viralkan gambar tersebut.” – CARI
 

sumber : Facebook

sumber : Facebook

sumber : Facebook

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*