Anu Terjuntai Semasa Marathon Tarik Perhatian Ramai

Share This:

Baru-baru ini, seorang pelari Marathon menarik perhatian ramai apabila alat sulitnya secara tiba-tiba terjulur keluar melalui seluar pendek yang dipakainya ketika dia sedang menghampiri garisan penamat dalam pertandingan Kosice Peace Marathon.

Memetik laporan Daily Mail, rakaman video insiden memalukan ketika acara marathon yang diadakan di Bratislava itu dimuat naik ke Youtube dan telah mengundang lebih 400 ribu tontonan.


Rata-rata berpendapat kemungkinan pelari yang dikenali sebagai Jozef Urban langsung tidak menyedari tentang hal itu, namun apa yang terjadi itu pasti akan dikenang seumur hidup buat Jozef. 


Jozef bagaimanapun hanya mendapat tempat ke-10 dengan masa 2 jam, 21 minit dan 51 saat.


Kosice Peace Marathon merupakan pertandingan tertua di Eropah dan dianjurkan sejak 1924. Hanya pada 1980, barulah ia dibuka kepada wanita.


Dengan populasi penduduk sebanyak 250,000 orang, Kosice merupakan bandar kedua terbesar di Slovakia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*