PM Ke White House Eksport Modal, Mahathir Ke Pejabat DAP Jual Maruah

Share This:

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) berjaya dengan membawa satu mesej penting bahawa Malaysia kini sudah menjadi negara pengeksport modal dan bukan lagi pengeksport produk seperti sebelum ini dengan pelaburan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah.

Dalam pertemuan dan mesyuarat antara delegasi Malaysia dan Presiden AS Donald Trump, Najib memaklumkan kepada beliau berkenaan mesej ini dan ia menguatkan lagi hubungan kukuh diplomatik kedua-dua negara, antara AS dan Malaysia.

Agensi seperti KWSP dan Khazanah sebelum ini sudah pun lama melabur di negara AS dan mendapat keuntungan yang kemudian memberikan faedah kepada Malaysia.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad, dalam keadaan hampir sama bermesyuarat dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) tetapi di dalam Ibu Pejabat DAP satu meja bersama dengan anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kesudahannya, kunjungan Mahathir ke pejabat DAP bukan untuk eksport dana tapi untuk jual maruah diri kerana sudah kantoi merasuah Kit Siang RM1 bilion untuk diberi peluang menjadi ketua dalam pakatan pembangkang dan DAP menerima kemasukan Bersatu di dalam gabungan PH.

Jika difikirkan dari segi merit, bolehkah seorang Pengerusi sebuah parti baru yang hanya ada satu kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen boleh dilantik sebagai ketua sebuah gabungan pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) kalau tak ada sebarang habuan.

Syaratnya begini, Untuk mendapat RM1 bilion pertama, Kit Siang perlu setuju Bersatu sertai PH sebagai ahli gabungan keempat dan Mahathir jadi Pengerusi. Kemudian, Kit Siang harus undur dan tidak mengendahkan apa yang dia ketahui semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan skandal Forex.

Kemudian, anak Mahathir, Mukhriz mesti diberi kerusi Parlimen yang selamat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Betapa mahalnya harga untuk Mahathir menebus dosanya mengkritik Kit Siang selama 44 tahun termasuk sekali selama 22 tahun jadi Perdana Menteri tuduh Kit Siang, biadab, cauvinis, pemimpin rasis, pelampau perkauman, tidak menghormati institusi beraja dan suka mencetuskan huru-hara.

Betapa mahalnya juga harga maaf Kit Siang untuk menutup mata kehadiran Mahathir dalam PH sehingga sanggup membayar sebanyak itu jumlah wang. Dalam hal ini, terbukti juga bahawa PH dikawal oleh DAP kerana Mahathir hanya merasuah Kit Siang dan bukannya Wan Azizah ataupun Presiden Amanah, Mat Sabu.

Patutlah begitu mudah Kit Siang melupakan sengketa berpuluh tahun dengan Mahathir dan berlakon seperti tidak ada apa-apa. Menurut pendedahan portal malaysiatoday.net, penulis di portal berkenaan sudah pun melihat bukti rasuah iaitu yang dibayar Mahathir kepada Kit Siang tetapi tidak boleh mendedahkannya. Selepas beliau melihat bukti baru beliau menulis pendedahan itu.

Kumpulan pembangkang mengkritik lawatan Najib ke Amerika tapi Najib tidak layan kerana fokus ialah pada kesudahan daripada lawatan itu kepada ekonomi negara dan bukannya kepada Mahathir, Mahathir sendiri yang kantoi rasuah Kit Siang dan jual maruah dengan datang menjejakan kaki ke ibu pejabat DAP selepas lama membenci parti itu sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*