NGO Gesa Harta Kekayaan Mahathir Disiasat, Dirampas Dan Dibekukan

Share This:

Tak cukup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), pemimpin NGO pun agak marah dengan tindakan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad yang dikatakan rasuah Lim Kit Siang semata-mata kerana mahu PPBM diterima masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH).

Badan NGO, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menggesa kerajaan mengambil langkah membekukan harta keluarga bekas Perdana Menteri itu dan kroninya supaya ia tidak digunakan untuk mengganggu perjalanan sistem demokrasi di negara ini.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, baru-baru ini ada satu artikel menceritakan bahawa Mahathir ada memberikan rasuah kepad pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion dengan permintaan dan desakan tertentu dari Mahathir.

Menurut beliau, laporan media menyebut Mahathir memberikan Kit Siang sebanyak RM1 bilion untuk Mahathir dapat jawatan tertentu dalam PH serta syarat-syarat lain yang memberikan kepentingan kepada Mahathir.

“Kita dapat maklumat bahawa Mahathir dikatakan beri rasuah RM1 bilion kepada Kit Siang dan ia akan dibayar dalam empat peringkat. Sejumlah RM750 juta dibayar dan peringkat akhir sebanyak RM250 juta dikatakan akan dibayar apabila perjanjian itu selesai sepenuhnya,” kata Ramesh.

Ramesh berkata Mahathir, keluarga dan kroninya memiliki wang tunai yang banyak dan boleh memberikannya kepada sesiapa yang mahu membantunya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut badan bukan kerajaan (NGO) itu, ada maklumat bahawa Mahathir juga memberikan wang tunai berbilion kepada media asing untuk memburukkan keadaan ekonomi negara supaya kerajaan BN dapat digulingkan.

“Jadi, Mahathir, anak dan kroninya amat kaya dan berstatus Bilionair dan mempunyai duit yang banyak digunakan untuk kepentingan politik mereka.

“Dari mana sumber kekayaan, bagaimana mereka jadi bilionair?,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan menjalankan siasatan ke atas punca aset dan harta kekayaan Mahathir seterusnya mengambil tindakan merampas dan membekukannya supaya Mahathir tidak terus mempermainkan suasana politik dalam negara ini mengikut kehendak dirinya sesuka hati.

Jika ada salah guna kuasa Mahathir dalam skandal Bank Negara Malaysia (BNM) sampai negara kehilangan hampir RM30 bilion, tindakan juga harus diambil mengikut undang-undang supaya harta berkenaan dirampas dan dibekukan, kata Ramesh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*